KUALA LUMPUR – Tiada hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat, sebagai pengisian sebenar sebuah kemerdekaan, melainkan menjadi kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji-janji yang dibuat untuk kepentingan rakyat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata pentadbirannya tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi demi maslahah rakyat terbanyak.
“Kisah kemerdekaan Malaysia terus diisi dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya dalam...