KOTA BAHARU – Seorang peniaga kerugian kira-kira RM1.3 juta apabila kedai emas miliknya yang terletak di Arked Uda di sini, dimasuki pencuri awal pagi Selasa.
Kejadian rompakan tersebut yang dipercayai berlaku antara pukul 1 hingga 2 pagi itu, hanya disedari menantu pemilik kedai tersebut ketika mahu menjalankan perniagaan kira-kira 10.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata pihaknya mengesyaki rompakan tersebut dilakukan lebih daripada dua suspek yang memasuki kedai tersebut melalui sebuah premis yang ditinggal kosong.
“Siasatan awal mendapati suspek memecahkan dinding kedai sebelah yang dibuat daripada papan...