
Amir Mamat
am@hmetro.com.my
LELAKI ditahan reman empat hari selepas didakwa mencederakan seorang anggota polis ketika operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)-Malim Jaya, Melaka, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan selepas didakwa menampar serta memaki anggota polis terbabit ketika operasi dijalankan bersama beberapa anggota tentera itu.
Beliau berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, keadaan trafik di kawasan itu sesak menyebabkan suspek yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback bersendirian...