BINTANG bola sepak dunia dan tonggak pasukan Real Madrid,
Cristiano Ronaldo baru-baru ini dikecam kerana memijak tapak patung kepala Buddha ketika bergambar.
Tindakan Ronaldo memijak tapak patung kepala Gautama Buddha menimbulkan kemarahan penganut agama itu kerana disifatkan sebagai satu perlakuan yang biadab dan menghina agama mereka.
Ronaldo yang terkenal dengan aksi lincah di atas padang asalnya memuat naik gambar tersebut menerusi akaun Instagram dan Facebook peribadinya pada Khamis lalu.
Menerusi gambar yang tersebar, penyerang Real Madrid itu dilihat berdiri di sebelah replika itu sementara kaki kanannya memijak tapak...