YANGON – Skuad Harimau Malaysia bangkit dua kali sebelum menang tipis 3-2 ke atas Kemboja pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, Yangon di sini.
Pasukan kebangsaan dikejutkan dengan jaringan kontroversi penyerang Kemboja, Chan Vathanaka seawal minit keenam.
Pemain Malaysia membantah keputusan pengadil dari Oman, Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah yang membenarkan gol berkenaan walaupun penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera kerana Vathanaka dikatakan berada pada kedudukan ofsaid sebelum menjaringkan gol.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad kebangsaan kembali memperkemaskan permainan...