Parkir Kenderaan Sesuka Hati, Ini Padahnya…

SEORANG lelaki China yang sengaja memakir kenderaannya dengan sesuka hati akhirnya telah mendapat pengajaran yang setimpal atas perbuatannya itu. Menurut laman Shanghaiist, dalam kejadian yang berlaku di Zhengzhou, pada Selasa lalu, lelaki dikenali sebagai Shang dilaporkan dalam keadaan tergesa-gesa untuk hadiri makan malam bersama rakan-rakannya. Shang yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) difahamkan telah memakir kenderaannya di hadapan pintu laluan masuk sebuah tempat pelupusan sampah. Sikap tidak bertanggung jawab Shang membuatkan pekerja pembersihan berang lalu memutuskan untuk membuang sampah di sekeliling...

‘Gila Seks’ Guna Taktik Periksa Payudara Online

SITUASI yang mengerikan kepada golongan wanita apabila diminta memberikan gambar payudara kepada individu yang tidak dikenali melalui dalam talian dengan alasan untuk pemeriksaan. Umum mengetahui, pemeriksaan payudara ini perlu dilakukan dengan sentuhan bagi memastikan tiada ketulan yang boleh membawa kepada penyakit kanser serta nasihat daripada doktor yang bertauliah. Namun, individu yang digelar ‘gila seks’ ini tidak pernah putus asa untuk memuaskan nafsu sehingga munculnya taktik kotor iaitu menyediakan perkhidmatan pemeriksaan payudara secara dalam talian melalui laman sosial. Dengan alasan mahu gambar payudara untuk membuat pemeriksaan...

Wanita Nafi Tawar Periksa Payudara Online

KECOH di media sosial apabila seorang wanita didakwa menawarkan pemeriksaan payudara melalui dalam talian dengan pemberian hadiah wang tunai dan telefon bimbit. Mangsa yang dikenali sebagai Puan Sha Rahman menerusi laman Facebook mendakwa akaun laman sosialnya itu digodam oleh individu yang tidak dikenali semalam. Pemilik sebuah butik kecantikan itu berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 2.30 petang Khamis ketika berada di kediamannya di Gurun, Kedah. “Orang yang mengodam facebook saya telah memalukan saya dengan minta gambar lucah dan menawarkan hadiah kepada penghantar,” katanya. Susulan kejadian itu, mesej...

Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren

KLANG – Dua individu maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kenderaan yang dinaiki mereka berhampiran projek pembinaan di Persiaran Astana, Jalan Meru, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri itu berusia dalam lingkungan 50-an menaiki kereta jenis Perodua Axia. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berkata, mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira...

Guna Lampu Tinggi, Pemandu Dipaksa Tenung Lampu Kereta

MUNGKIN peraturan seperti ini sesuai dilaksanakan di negara kita, iaitu kepada mereka yang suka menggunakan lampu suluh tinggi secara sembarangan. Undang-undang di selatan China menetapkan, mereka yang menggunakannya secara suka-suka dikenakan hukuman iaitu merenung ke arah lampu itu selama seminit. Selain itu, pesalah juga diarahkan membayar denda sebanyak 300 yuan (kira-kira RM185). Peraturan itu dilaksanakan oleh polis di Shenzhen mulai 1 November lalu . Selain hukuman berkenaan, pesalah juga perlu membaca ikrar untuk hanya menggunakan lampu suluh tinggi apabila diperlukan sahaja. Gambar-gambar hukuman berkenaan telah dimuat...

PM Najib Naiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Ke Tianjin

TIANJIN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan separuh hari ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China. Beliau bersama rombongannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Beijing yang hanya mengambil masa 30 minit ke Tianjin sejauh 138.6km, berbanding perjalanan menaiki kenderaan yang mengambil masa hampir dua jam. Ketibaan Najib disambut Naib Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Tianjin, Zhao Haishan. Najib akan menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Operasi untuk projek penyahgaraman air laut dan pembuatan garam antara syarikat Xianda dari Malaysia dengan Suruhanjaya...

Budak Dibiar ‘Main’ Basikal Roda Tiga Atas Jalan Raya

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang budak lelaki bersama basikal roda tiga ‘berlegar-legar’ di atas sebatang jalan raya dipenuhi kenderaan menjadi bualan hangat di laman sosial, baru-baru ini. Rakaman itu dimuat naik laman All Singapore Stuff menerusi laman Facebook dan dikongsi portal Stomp telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Singapura. Menerusi klip video berdurasi kurang dari satu minit itu, kanak-kanak tersebut dirakam ‘mengayuh’ sebuah basikal roda tiga berwarna kuning menentang arus trafik jalan raya. Kelibat si kecil yang berada di ‘zon maut’ itu seolah-olah...

Tweet Berbaur Hina, Pengguna Twitter Dikecam Netizen

SEORANG pengguna laman mikro Twitter dea (@ndiafrsln) telah memuat naik tweet berbaur sindiran terhadap figura Arlina Banana ketika ditemu bual menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) semalam. Tweet berbunyi ‘Penuh screen…’ dikongsinya apabila sosok tubuh Arlina yang dirakam stesen itu memenuhi ruang paparan skrin televisyen. Malah beberapa pengguna Twitter lain dilihat turut membalas tweet yang dimuat naik dea (@ndiafrsln) dengan kata-kata berbentuk penghinaan. Antaranya individu yang menggunakan nama Neegayah (@jannahahahaha) berkata; “Baju dia pakai macam baju pasung haha.” Manakala David gilmour (@MSallehuddin05)...

Kecoh Alibaba Tukar Nama Aplikasi Jadi ‘Babi Terbang’

BEIJING — Ketika umat Islam di Malaysia kecoh membantah penggunaan nama ‘anjing’ pada nama makanan yang dijual rangkaian premis Barat terkenal Auntie Anne’s, lain pula halnya di China. Teguran minoriti Muslim tempatan agar portal jualan Internet gergasi China, Alibaba dapat ubah kembali nama salah satu aplikasinya yang menggunakan perkataan ‘babi’ mencetuskan perdebatan sengit dalam kalangan netizen. Isu panas itu bermula apabila Alibaba menggantikan nama aplikasi tempahan perjalanan Alitrip kepada Flying Pig atau ‘Babi Terbang’ yang disingkatkan menjadi Fliggy, menurut stesen berita antarabangsa BBC pada...

Indonesia Makin Galak Tarik Pelaburan Mega China

LAWATAN lima kali Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China sejak 2015 ternyata membuahkan hasil apabila jumlah pelaburan China di Indonesia meningkat dua kali ganda dalam dua tahun ini. Pelaburan langsung asing daripada China kukuh pada nilai AS$1.6 bilion dari Januari hingga September, satu peningkatan sebanyak AS$600 juta daripada jumlah keseluruhan tahun lalu. Menurut data yang dikeluarkan Badan Koordinasi Pelaburan Modal Indonesia, pelabur China malah telah mencagarkan AS$6.1 bilion dalam bentuk pelaburan di Indonesia untuk tempoh sembilan bulan, lapor Bloomberg. China kini merupakan pelabur ketiga tertinggi di Indonesia selepas...

Tahniah: Cincin RM85,000 Untuk Pemain & Pengurusan JDT

BERITA baik untuk pemain dan pengurusan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bakal menerima hadiah cincin khas bernilai RM85,000 atas kejayaan memenangi Liga Super Malaysia tiga tahun berturut-turut. Dalam kenyataan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, cincin emas dan platinum yang bertatahkan berlian dan batu nilam itu akan diberikan kepada pemain dan kakitangan pasukan tersebut sebagai tanda kenangan. “Ini adalah reka bentuk cincin emas dan platinum bertatahkan berlian dan batu nilam berharga RM85,000 setiap satu yang akan diberikan kepada para pemain, kakitangan dan staf JDT atas kejayaan kelab menjuarai Liga Super...

Viral Tonton Bola Ketika GV3, Pemuda Ini Redha ‘Ditroll’

AL-KISAH seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Zaid Rasul baru-baru ini menjadi sensasi di laman sosial setelah kisahnya ‘dipaksa isteri’ melayan program Gegar Vaganza 3 (GV3) namun pada masa sama enggan terlepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang Selangor. Kisahnya bermula apabila fotonya sedang khusyuk menonton perlawanan bola menerusi telefon bimbit ketika menghadiri konsert minggu ketiga GV3 dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter IZZ.KAMIL (@izzkamilhalda) dengan kapsyen; “When football is life, tapi bini paksa tengok Gegarvaganza.” Insiden berkenaan menjadi semakin viral apabila portal Malaysian...

Anak Muntah Pada Beg LV, Wanita Diminta Ganti Baru

SEORANG ibu kini dalam dilema kerana terpaksa membayar sebanyak RM4,700 bagi menggantikan beg tangan jenama Louis Vuitton, selepas ia terkena muntah anak lelakinya ketika dalam pesawat. Wanita itu memuatkan dilemanya itu dalam forum Mumsnet bagi meminta pandangan ramai. Dengan menggunakan nama incognitoforonenight, wanita itu berkata beg berkenaan tidak mengalami kerosakan namun bau muntah anaknya masih boleh dihidu. Ketika menceritakan mengenai kejadian berkenaan, si ibu memberitahu perjalanan yang jauh dan panjang dalam pesawat telah menyebabkan anaknya tidak sihat. “Wanita di belakang saya memberitahu” harap anak awak okey tetapi...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story