Penulis tidak pasti sama ada mana-mana individu mampu pusingkan kepalanya ke belakang sebanyak 180 darjah dengan selamat tanpa sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
Namun yang pasti, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Alexander mampu berbuat demikian.
Menurut Alexander, dia mula menyedari ‘kelebihannya’ mampu memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah itu sejak menyertai latihan gimnastik beberapa tahun yang lalu.
“Beberapa tahun dulu, saya mula menceburkan diri dalam arena gimnastik. Ketika itu baru saya sedar bahawa saya memiliki tulang veterbrata yang fleksibel dan saya mampu pusing kepala saya jauh lebih ke belakang dari...