SEBELUM ini pelakon Nasriah Ngasri atau Anne, 28, digosip bercinta dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz, namun mereka menafikannya.
Terkini, Anne yang juga ibu tunggal kepada tiga anak, Abdul Warits, 6, Abdul Watri, 4, dan Na’szhara Afroza, 2, dihujani spekulasi ekoran kehadiran ibu Aliff, Siti Hafiza yang datang dari Singapura untuk berjumpa keluarga Anne di Kuala Lumpur.
Timbul gosip di Internet dan Twitter mendakwa keluarga Aliff datang merisik Anne. Bagi mendapatkan kepastian tentang gosip tersebut, Kosmo! telah menghubungi sendiri Anne, semalam.
Kosmo!: Mungkin Anne sedar bahawa ada gosip baharu mengatakan ibu Aliff...