5 Selebriti Popular Kerana Kontroversi

Dunia glamor sememangnya tidak dapat lari daripada kontroversi. Mereka yang hidup dalam dunia glamor harus selalu bersedia menghadapi kontroversi. Ini kerana gerak-geri mereka sentiasa menjadi tumpuan ramai. Biarpun ramai artis yang tidak suka dihimpit dengan kontroversi, namun ada juga segelintir artis yang dilihat seolah-olah memburu populari dengan mencipta kontroversi. Kali ini GUA tampilkan lima selebriti yang popular kerana kontroversi. Rozita Che Wan Siapa tak kenal dengan pelakon jelita ini. Aura yang dibawakan bekas pramugari ini tidak dapat dinafikan. Kemunculannya yang mesra dipanggil Che Ta di majlis sering menjadi tumpuan. Sikap...

Zain Saidin: Undi Adalah Rahsia Saya

20 April ini secara rasminya kita bakal mengetahui siapakah wakil-wakil calon yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 pada kali ini. Ada yang sudah memberikan sokongan terbuka kepada calon yang bakal bertanding nanti. Ada juga yang masih mahu menyimpan rahsia tentang calon manakah yang bakal dipilihnya nanti. Hal ini turut sama diakui oleh Zain Saidin yang kini umum mengetahui beliau sedang hangat bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Katanya siapa yang akan dipilih nanti biarlah ianya menjadi salah satu rahsia dalam hidupnya. Jelasnya juga “Sebenarnya saya ni jenis yang berahsia jugalah. Begitu juga dengan PRU 13 pada kali ini....

Amirbahar Didakwa Lancar Perang Ke Atas Agong

KUALA LUMPUR – Adik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas. Datu Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman...

Gambar Pengebom Di Boston Didedahkan

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) telah mengenal pasti gambar dua suspek yang disyaki meletakkan beg berisi bom pada kejadian yang berlaku Isnin lalu. Menurut agen FBI, Richard DesLauriers berkata, imej dua suspek itu diperolehi menerusi kamera keselamatan yang diletakkan di kawasan sekitar tempat kejadian sebelum berlakunya tragedi yang mengorbankan nyawa tiga orang awam dan menyebabkan 176 yang lain cedera. Melalui imej itu, seorang daripada mereka memakai topi berwarna cerah dan seorang lagi memakai topi berwarna gelap. Dua suspek lelaki itu juga disyaki bersenjata dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya dan DesLauriers...

Aishah Sinclair Mahu Ke Gaza Lagi

Pengacara rancangan The Breakfast Show, Aishah Sinclair menyatakan keinginannya untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi Gaza lagi selepas berkesempatan ke sana baru-baru ini. Aishah juga turut menceritakan pengalamannya sepanjang di sana di mana dia dan krew terlibat dilayan bagai orang kenamaan oleh penduduk di Gaza. “Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua. Selain itu, Aishah turut menyatakan sering kedengaran bunyi tembakan di sana tetapi ianya bukan berbentuk...

Kena Buang Sekolah Sebab Persenda Solat

Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah. Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night. Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit. Diharapkan kejadian sebegini tidak...

Mesej Pembunuh Di Facebook!

Kuala Lumpur – “Hehe…tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam. Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu. Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas“bapak dia selalu cakap lebih…suruh ah tangkap aku…” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah…!!!!?!?” seolah-olah...

Asyraf Muslim Belum Ada Rezeki Timang Anak

Biarpun usia perkahwinannya sudah mencecah hampir dua tahun, nampaknya rezeki untuk menimang cahaya mata sulung masih belum jelas kelihatan buat pelakon, Asyraf Muslim dan isterinya, Dr Noor Dayana Lokman. Namun begitu, reda dengan ketentuan dan rezeki daripada Allah SWT, pasangan ini masih tidak berputus asa untuk menimang cahaya mata. Bercakap kepada Sinar Harian, Asyraf menyatakan, “memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari,” katanya. Malah pasangan itu juga turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam...

Yasmin Hani Kini Sudah Berbadan Dua?

Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Yasmin Hani Richardson menyatakan dia akan mewar-warkan jika benar dirinya sudah hamil kelak. Perkara ini timbul berikutan terdapat desas-desus daripada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan pelakon cantik itu kini sudah berbadan dua. Menjawab pertanyaan itu, Hani menjelaskan, “jangan dengar ura-ura, bila dah sah nanti saya akan beritahu. Saya pasti perlu beritahu juga nanti sebab perkara ini memang tak boleh nak sorok-sorok. “Tahun ini adalah tahun kami mencuba (mendapatkan anak). Bila dah betul-betul sah nanti, saya pasti akan beritahu,” katanya yang dipetik menerusi MalaysianDigest. Mungkin Hani...

Seniwati Azean Irdawaty Kritikal, Barah Merebak

KUALA LUMPUR – Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau. Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut. Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus. Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat...

Permintaan Bagi Nadir Bumi Di Jangka Meningkat

MELBOURNE – Lynas Corporation Ltd menjangka permintaan bagi produk nadir buminya akan meningkat dalam jangka sederhana selepas memulakan pengeluaran produk nadir bumi berasingan pertamanya di Kuantan dalam suku tahun Mac. Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Malaysia itu kini telah menghasilkan rangkaian penuh produk nadir bumi dan sedang menggiatkan usaha ke arah pencapaian kapasiti 11,000 tan metrik setahun menjelang akhir suku kedua 2013, kata Lynas dalam satu kenyataan. Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan Malaysia menyokong keputusan mahkamah rendah sebelumnya, yang menolak bantahan oleh pencinta alam sekitar terhadap pembinaan kilang...

VIDEO: Harith Iskander Vs Phua Chu Kang

SIAPA tak kenal Harith Iskander dan Gurmit Singh (Phua Chu Kang), dua artis komedi dari negara ini dan seberang tambak, Singapura. Agak-agak kalau mereka berkongsi pentas, apa jadinya hehehe Berikut adalah klip pendek lakonan mereka berdua yang jarang kita lihat. Walaupun ia berkisar mengenai perbualan dua sahabat dalam sebuah kereta, ia cukup menggelikan hati apatah lagi mengenangkan rakyat di kedua-dua buah negara ini seperti yang kita tahu sering membandingkan ‘kehebatan’ mereka di antara satu sama lain. Saksikan… Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/...

Emma Maembong Sebenarnya Di Hati Zizan?

PENGAKUAN pelawak, pengacara, Zizan Razak bahawa dirinya kini sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29, baru-baru ini, mengundang teka-teki siapakah gerangan wanita bertuah itu. Apatah lagi, Zizan mengambil langkah untuk merahsiakan gadis tersebut dengan alasan dia sendiri masih belum meluahkan perasaannya. Namun, Zizan mengakui gadis tersebut telah menghadiahkan telefon bimbit iPhone 5 sempena ulang tahun kelahirannya itu. Bagaimanapun, kehadiran artis baru, Emma Maembong pada majlis hari jadinya itu menyebabkan ramai pihak berpendapat Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai...

Fergie Enggan Dedahkan Jantina Anak

Penyanyi terkenal daripada kumpulan Black Eyed Peas, Fergie enggan mendedahkan jantina anak sulungnya walaupun sudah mengetahui keputusan mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan itu. Fergie yang kini sedang hamil tiga bulan hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Josh Duhamel turut mengalami perkara biasa yang berlaku kepada ibu mengandung iaitu dia sekarang sangat gemar makan buah-buahan. Menurut sumber Eonline, Fergie berkata, “saya kini gemar makan buah-buahan, lebih banyak daripada ketika diri saya belum hamil lagi. Buah-buahan yang saya gemar ialah mangga, betik dan apa saja buah yang berjus dan manis”! Selain itu, Fergie juga...

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama

KUANTAN – Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 11.40 malam. “Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya,” katanya, hari ini. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat. “Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku....

Senyuman Lelaki Ni Buat Kita Gelak!

Lawak betul la…apasal la lelaki ni senyum macam ni…. Apa pun…senyuman dia boleh jadi bahan buat kita semua gelak… Muzik latar yang digunakan pun sangat membantu… Kreatif betul…simple tetapi berjaya membuatkan orang ketawa. sumber Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Menyamar Saudara Tim.Ketua Polis S’gor

IPOH – Seorang lelaki yang menyamar sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor diberkas selepas memalsukan surat tawaran kemasukan kerja sebagai polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak Supt Maszely Minhad berkata suspek ditahan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan Kuala Lumpur pada 9 April lepas kira-kira pukul 11.30 pagi oleh sepasukan JSJK Perak. Katanya suspek menipu seorang wanita berusia 18 tahun dengan menyerahkan surat tawaran kononnya dia ditawarkan jawatan konstabel wanita. “Pada 8 Jan kira-kira pukul 2 petang, mangsa ketika di rumahnya di Taman Lawan Kuda Baharu, Gopeng didatangi suspek yang mendakwa...

Kad Diskaun 1Malaysia Pada Ibu Tunggal

KUALA LUMPUR – Lebih 800,000 ibu tunggal di seluruh negara akan menerima kad diskaun 1Malaysia yang menawarkan diskaun antara lima hingga 50 peratus bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan terpilih, umum Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata kerajaan juga akan mempertimbang skim insurans bagi ibu tunggal yang berdaftar bagi manfaat golongan itu yang membabitkan sumbangan premium RM12 setiap seorang dengan peruntukan RM12 juta setahun. Skim insurans itu akan menawarkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kematian, RM5,000 untuk khairat kematian, RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM10,000 untuk kurang upaya akibat kemalangan,...

Real Madrid Kelab Terkaya Dunia

LONDON – Real Madrid berjaya memintas kedudukan Manchester United sebagai kelab terkaya di dunia. Sebelum ini, United menguasai kedudukan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dijalankan syarikat analisis perniagaan, Forbes sejak 2004. Real dilaporkan memiliki nilai mencecah £2.15 billion (RM9.95 bilion) tahun ini. United pula di tempat kedua dengan £2.07 bilion (RM.9.58 bilion) diikuti Barcelona, Arsenal dan Bayern Munich. “Real Madrid berjaya memperoleh nilai yang konsisten dan tertinggi berbanding kelab lain biarpun ekonomi Sepanyol dilihat kurang stabil ketika ini. “Ia berpunca daripada kehadiran beberapa individu tersohor bersama...

Stesen KBS Haramkan Video Muzik Psy

SEOUL – Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman. Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam. Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya. Kon itu diletakkan di kawasan larangan tempat meletak kenderaan. Menurut KBS, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh stesen penyiaran awam itu. Dua jurucakap stesen itu berkata, pihaknya...

Gambar Pra Perkahwinan Suraya, Dj Hot FM

Penyampai di stesen radio terkenal, Hot FM, Suraya dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 27 April ini dengan menikahi jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Joe. Sebagai mana kebiasaan bagi bakal raja sehari, pasangan ini turut tidak melepaskan peluang untuk mengabdikan memori serta kenangan terindah mereka menerusi koleksi gambar pra perkahwinan. Di bawah disertakan seleksi gambar-gambar menarik daripada Suraya dan pasangannya itu. Buat Suraya, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada anda! Oleh: AUDREY LEE Foto: Ministry of Moment Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat...

Fafau Kecewa Dengan Kenyataan Neelofa?

Pengacara serta penyampai radio popular, Fara Fauzana diura-urakan berasa kecewa dengan kenyataan yang telah diberikan Neelofa kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini. Fafau sempat menulis di laman sosial Twitter dengan mengatakan, “tak tahu kenapa ‘but for sure’, susah bila berlaku jujur dan orang salah erti terutama bila tiba-tiba dikaitkan”. Kenyataan Neelofa itu dilihat seperti sengaja mengaitkan nama Fara atau mesra dipanggil Fafau di kalangan peminatnya. Perkara ini berlaku ketika Neelofa ditanya oleh pihak media terbabit mengenai perasaannya mengenai tindakan pelakon Tasha Shilla yang seakan seperti memperlekehkannya ketika membuat...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story