Pengetua Kantoi Seks Dengan 18 Pelajar

Beberapa keping gambar aksi seks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet. Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan bogel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah. Individu yang memuat naik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta). Biro aduan pendidikan tempatan telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan. Like FanPage BeritaHangat™...

Guru Besar Didakwa Minta Suapan RM3,000

SHAH ALAM — Seorang guru besar sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan memperoleh suapan wang tunai RM3,000 daripada seorang pengusaha kantin, dua tahun lepas. Abdul Samad Abdul Ghani, 49, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Guru besar Sekolah Kebangsaan Kajang Utama itu didakwa meminta untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun Hussain sebagai dorongan untuk menyambung kontrak kantin sekolah bagi tahun 2013. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis sekolah di Kajang, Hulu Langat...

Mila Jirin Jadi Tauke Besar Restoran Thai

KUALA LUMPUR – Bermula dengan hanya menjadi pelanggan tetap di restoran Embun Urai Puchong, penyanyi, Mila Jirin akhirnya mampu memiliki restoran itu sendiri mulai Januari 2013. Memetik laporan Murai.com, hari ini, Mila memberitahu sebagai artis muda dia mahu melangkah jauh dengan bergelar usahawan. “Restoran ini sudah pun dua tahun beroperasi. Dulu saya pelanggan kemudian bertukar menjadi kawan kepada pemilik restoran. “Dari situ, saya berubah sikit-sikit menjadi rakan kongsi sehinggalah sekarang ini restoran berkenaan sudah menjadi milik saya sepenuhnya,” katanya. Tambahnya, restoran itu dibuka setiap hari bermula dari jam 4 petang sehingga...

Kieran Hot FM: Harap Nazmi Faiz Terus-Terang

Rata-rata peminat sukan tanah air sudah mengetahui berita mengenai kepulangan Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia awal bulan ini. Namun sebab-musabab mengenai kepulangan mengejutnya itu masih tidak diketahui sehingga kini kerana empunya diri tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu. Sebagai salah seorang peminat fanatik sukan bola sepak, penyampai radio Hot FM, Kieran menyatakan kekecewaan di atas sikap pemain muda itu yang seakan merahsiakan sebab kepulangannya itu. Malah Kieran turut menambah bahawa peminat-peminat bola sepak tempatan berhak mengetahui konflik dan punca sebenar Nazmi bertindak sedemikian. Memetik laporan MalaysianDigest.com,...

Randy Pangalila Kahwin Dua Tahun Lagi

Pelakon kelahiran Indonesia yang semakin mendapat perhatian di Malaysia, Randy Pangalila dikhabarkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi. Menurut laporan KapanLagi.com, pelakon Dalam Hati Dalam Taman itu mengaku dia sedang menjalinkan hubungan dengan cinta dengan bintang sinetron Michella Putri sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun menurut Randy, dia tidak mahu terlalu mendedahkan pada umum mengenai kisah cintanya bersama pelakon Nada Cinta itu. “Dia dari dunia seni juga. Ya, belajar dari pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu terlalu mendedahkan mengenai kisah cinta saya,” jelas Randy. Biarpun pada awalnya,...

Ana Dahlia Doakan Chef Riz Bahagia

Semalam, Mynewshub.my ada melaporkan mengenai Chef Riz dikatakan sudah menemui pengganti bekas isterinya, Ana Dahlia. Ia ekoran daripada tindakannya yang telah memuatnaik gambar mesra bersama seorang wanita dikenali dengan nama Stella Stephanie atau nama manjanya Mak Jemah. Sementara itu, kenyataan Ana Dahlia yang dipetik dari Murai.com, berkata meskipun dia tidak mengenali wanita itu namun dia hanya mengharapkan hubungan cinta mereka kekal dan bahagia. “Mengenai hubungannya dengan wanita itu, saya sendiri tidak tahu menahu serta tidak mengenalinya. Itu hal personal dia dan dia pun tidak bercerita dengan saya mengenai mana-mana wanita yang...

Stor Simpanan Ubat Perangsang Seks Diserbu

KOTA BHARU — Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini semalam. Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini. Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa...

Hanis Zalikha, Setahun Jagung Yang Kekwat?

Nama Hanis Zalikha bukanlah asing bagi blogger-blogger di luar sana. Namanya kian bersinar selepas menjadi pengacara Mad Markets dan kini dia bergelar pelakon Gangster Celop pula disamping Syamsul Yusof dan Kamal Adli. Namun apa yang tidak sedap didengar apabila dia dikatakan kekwat dan sombong walaupun baru setahun jagung di dalam industri ini. Memetik laporan Buahmulut, hari ini, setiap jawapan yang dikeluarkan Hanis seakan-akan ‘play safe’. “Saya pernah juga dengar cerita sebegini. Tapi bagi saya mungkin juga faktor muka saya yang sebegini menyebabkan orang anggap saya ni sombong dan saya tahu kadang-kadang muka saya ni agak ‘ketat’...

Grammy: Artis Dilarang Dedahkan Dada, Punggung

Saluran televisyen CBS yang akan menyiarkan anugerah muzik berprestij Amerika, Grammy Ahad ini, telah mengeluarkan kod pakaian kepada para hadirinnya. CBS meminta semua selebriti hadir mengenakan pakaian yang tidak terlalu mendedahkan serta yang tidak menjolok mata. Sebelum ini, pada 2004 pernah berlaku insiden semasa waktu rehat Super Bowl di mana sebahagian payu dara penyanyi Janet Jackson terdedah semasa melakukan persembahan secara langsung yang disiarkan ke seluruh dunia. Insiden itu hangat diperkatakan kerana dilaporkan memang Jackson sengaja mahu mendedahkan payu daranya semasa mengadakan persembahan itu. Anugerah Grammy yang ke...

CEMBURU KRONIK

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain. “Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan...

Tempoh Peroleh Pekerjaan Graduan Lebih Singkat

PUTRAJAYA – Graduan di negara ini lebih bernasib baik kerana tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian lebih singkat berbanding sesetengah negara lain yang mengambil masa sehingga dua tahun. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ini berlaku kerana Malaysia mampu melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. “Kita tidaklah berdepan dengan apa yang berlaku di negara-negara lain yang kadar pengangguran tinggi sehingga ada yang mencapai sehingga dua tahun untuk diserapkan dalam pasaran kerja. Kita lebih baik daripada itu,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita...

Mayat Claudia Dijangka Tiba Di KLIA Esok

KUALA LUMPUR – Mayat Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus, yang terbunuh akibat terkena tembakan secara tidak sengaja di Lubnan, Sabtu lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, esok. Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata misi mereka untuk membantu keluarga mendiang membawa pulang mayat wartawan itu berjaya. Beliau berkata adik mendiang Dora Theophilus, 36, serta seorang kenalan dan dua wakil brio Pemuda berangkat ke Beirut Selasa lepas untuk proses membawa pulang mayat mendiang. “Mahkamah di Lubnan telah memberi kebenaran...

Sukan Olimpik Gaya Kampung Di India

Tahukah anda pada setiap bulan Februari masyarakat kampung di Kila Raipur, India akan mengadakan acara Sukan Kila Raipur yang ala-ala Sukan Olimpik? Di mana petani dan seluruh penduduk di kampung itu akan mengambil bahagian di dalam sukan yang boleh dikategorikan agak ekstrem. Antaranya menggunakan jentera untuk menggelek badan, berdiri sambil menunggang kuda dan menarik kenderaan menggunakan mulut. Walaupun ia agak membahayakan tetapi ia mendapat sambutan ramai daripada masyarakat kampung berkenaan. Lihat gambar dibawah ini dimana mereka semua bersungguh-sungguh memasuki pertandingan tersebut. Oleh: KASIH ISA Like...

Neelofa Dan Tasha Shilla Sudah Berdamai

Suatu ketika dulu kecoh apabila dilaporkan pelakon dan pengacara kontroversi, Neelofa mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla dalam Anugerah Bintang Popular 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular. Walau bagaimanapun, hubungan mereka sudah semakin baik apabila Neelofa menyifatkan Tasha seorang yang sangat profesional dan bukan seorang yang bersifat pendendam. Memetik laporan portal hiburan Murai, kedua-dua aktress cantik itu buat pertama kalinya telah bertembung secara tidak sengaja di perkarangan TV3 ketika rakaman siaran langsung Wanita Hari Ini diadakan dan menariknya tiada sebarang pergaduhan berlaku di antara mereka. Sebaliknya,...

10,000 Parkir Di Stesen LRT, Komuter Dan ERL

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10,000 petak tempat letak kereta sedang dan akan dibina di 20 lokasi stesen Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter dan kereta api laju Express Rail Link (ERL) dalam usaha mengatasi rungutan pengguna terhadap kekurangan kemudahan itu. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pembinaan di bawah projek Park ‘n Ride itu juga diyakini mampu mempertingkat penggunaan pengangkutan awam kepada 25 peratus tahun ini seperti yang dihasratkan kerajaan. “Daripada 20 lokasi berkenaan, hampir sebahagiannya sudah siap manakala selebihnya dijangka siap dalam masa terdekat, atau selewat-lewatnya pada 2015. Antara projek...

Isteri Bekas Tahanan ISA Terkejut Penahanan Suami

KUALA LUMPUR – Chomel Mohamad, 48, isteri kepada Yazid Sufaat, yang dituduh di mahkamah Jumaat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan, masih terkejut dengan penangkapan suaminya. Beliau masih sukar untuk mempercayai suaminya, Yazid, 49, masih terlibat dalam aktiviti tersebut setelah pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun sejak 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah. “Saya tahu segala gerak-geri suami saya, kerana kami berdua sudah lama mengusahakan gerai makanan di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga...

Abby Abadi Lawat Anak Memey Di Hospital

Suatu ketika dulu kecoh juga media tempatan apabila pelakon dan kini bergelar penceramah bebas, Abby Abadi mengamuk sakan kerana bekas suaminya, Norman Hakim beralih cinta kepada Memey. Tetapi semuanya telah berubah apabila Abby sudah boleh menerima hakikat dan dengan hati terbuka berjumpa Memey malah bergambar mesra lagi. Mereka juga dikatakan pernah pergi bercuti bersama-sama. Malah, baru-baru ini Abby telah melawat Memey dan Norman di atas kelahiran bayi sulung mereka di hospital. Abby ada memuat naik gambar bayi berkenaan dengan caption baby Darwish lagi. Iaitu merujuk kepada anak Norman yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. Melalui...

Hot FM Dedahkan Luahan Hati Shila Amzah

Stesen radio Hot FM, pagi tadi, berjaya menyiarkan pendedahan terbaru penyanyi, Shila Amzah kepada seluruh negara mengenai luahan rasa sedihnya terhadap masalah yang berlaku di antara bapanya dan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad. Rakaman yang dipetik dari laman Youtube itu dimuatnaik oleh Shila sendiri namun selepas rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi, video berkenaan yang turut menampilkan Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira dipadam dan ia tidak boleh dibuka lagi. Dalam rakaman berkenaan, Shila turut meyampaikan yang dia amat rindukan ibu dan ayahnya. “Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa...

VIDEO: Perdana Menteri Muncul Dalam Iklan Televisyen Sempena Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘membuat kejutan’ apabila muncul dalam sebuah iklan televisyen yang dituju khas kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan tersebut. Dalam iklan selama satu minit itu, Najib dilihat seolah-olah bermain gendang sambil diiringi muzik serta tarian naga. Sebelum itu ditunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan menyerahkan alat tersebut kepada beliau sambil bertanya; ” Adakah anda tahu memukul gendang?” Untuk rekod,  Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan peruntukkan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet2013 selain peruntukkan RM100 juta...

Ahli Sihir Mati Dibogel, Dibakar

SYDNEY – Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam. Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu. Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam. Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut. Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian. Wanita...

‘Jangan Hina Orang Tidak Bertudung’

PETALING JAYA – Pelakon Catriona Ross menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata. Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, agak sedih kerana terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah tetapi masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis. “Saya sedih dengan sesetengah pihak yang sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung. Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi,”...

Bilik Hotel ‘Sarang’ 3 Remaja

BANDARAYA MELAKA – Serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sebuah hotel bajet pagi kelmarin bukan sahaja menemui sarang maksiat malah tempat berkenaan turut dipercayai menjadi pusat penagihan dadah dan juga kegiatan ragut. Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, sepasukan anggotanya telah melakukan serbuan di hotel berkenaan di kampung Hulu dekat sini. Menurutnya, dalam serbuan itu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan dua remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun yang kesemuanya dari negeri ini telah ditahan. “Semasa pasukan kami mengetuk bilik hotel...

Bayar RM600 Supaya Henti Guna FB

Boston – Seorang bapa dari Wellesley, Massachusetts membayar anak perempuannya berusia 14 tahun sebanyak AS$200 (RM600) agar berhenti menggunakan Facebook selama lima bulan. Paul Baier dilaporkan memutuskan untuk membayar anak perempuannya, Rachel agar berhenti menggunakan Facebook dan remaja terbabit diminta menandatangani kontrak itu. Rachel menutup akaun Facebook dan memberitahu kata laluan miliknya kepada bapanya selepas menerima wang itu. Ini bukan kali pertama seorang pegguna Facebook memutuskan untuk berehat panjang daripada menggunakan perkhidmatan itu. Akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua pertiga pengguna Facebook secara...

Wanita Dipenjara Kerana Isyarat Lucah

MIAMI, Amerika Syarikat – Seorang wanita, Penelope Soto dipenjarakan kerana menghina mahkamah selepas dia membuat isyarat lucah semasa kes dadahnya didengar di sebuah mahkamah di sini pada Isnin lalu. Kejadian itu bermula semasa Soto ketawa ketika Hakim Jorge Rodriguez-Chomat bertanya kepadanya nilai barangan kemas miliknya ketika dakwaan dia memiliki dadah dibicarakan. Hakim tersebut mengemukakan pertanyaan itu kerana mahu menilai aset yang dimiliki wanita berusia 18 tahun itu. Rodriguez-Chomat kemudian memberitahu Soto untuk bersikap lebih serius selepas dia ketawa. Bagaimanapun, Soto menyatakan, dia memang bersikap serius. Hakim itu...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story