Barisan Kabinet Baharu Ikrar Bersatu Dalam Satu Pasukan

Tujuh menteri baharu dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, berikrar menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab. KUALA LUMPUR – Barisan menteri dan timbalan menteri baharu hari ini berikrar bersatu hati dalam satu pasukan untuk memberi khidmat kepada rakyat meskipun berdepan cabaran yang tidak menentu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau akan bergerak secara sepasukan dengan barisan baharu itu bagi mendepani cabaran media sosial yang mempengaruhi rakyat ketika ini. “Barisan baharu ini akan beri kekuatan kepada UMNO dan Barisan...

Bertindak Cepat Selesai Isu-Isu Semasa – Tun Abdullah

Tun Abdullah Ahmad Badawi BANGI – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan harapan barisan kabinet baharu dapat bertindak cepat dalam menyelesaikan isu-isu semasa. Beliau berkata rakyat menanti perubahan dan kebaikan yang akan dilaksanakan barisan kabinet baharu itu. “Kalau tunggu-tunggu akan membawa lebih banyak kesusahan. Tindakan cepat itu yang mesti dibuat segera, untuk membawa apa jua kebaikan sebagai kesan daripada rombakan,” katanya ketika diminta mengulas harapan beliau terhadap barisan kabinet baharu. Dalam masa sama, Abdullah berharap barisan kabinet baharu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik...

DAP Melampau Cuba Samakan Tindakan Najib Dengan Hitler!

Steven Sim Chee Keong KUALA LUMPUR – DAP bersikap melampau dalam keghairannya mahu meraih merit politik daripada isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada barisan Kabinet semalam. Parti chauvinis itu bersikap biadap kerana cuba menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler hanya kerana Najib mengumumkan pembentukan Kabinet baharu. Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan menuduh langkah Najib itu kononnya sama dengan kekejaman yang pernah dilakukan Hitler dalam parti Nazi. “Pada Jun 1934, Hitler melancarkan Pada melancarkan pembersihan ke atas...

Perdana Menteri Berhak Lakukan Rombakan Kabinet – Mukhriz

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tengah) semasa sidang media ketika hadir pada Majlis Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah sempena sambutan Aidilfitri hari ini. - Foto BERNAMA ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk melakukan rombakan Kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukannya, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Beliau melahirkan keyakinan bahawa perdana menteri telah pun memikirkan ‘semasak-masaknya’ tentang apa yang terbaik untuk kerajaan dan politik. “Perdana menteri mempunyai hak untuk membuat sebarang rombakan (Kabinet) dan...

5 Tempat Alternatif Untuk Carian Barangan IT Di Selangor

GAMBAR HIASAN JIKA anda bertanyakan kepada ‘otai-otai’ mengenai lokasi terbaik untuk membeli barangan berkonsepkan IT, sudah semestinya Plaza Lowyat jadi pilihan mereka. Plaza Low Yat bukan sahaja terkenal di kalangan warga kota yang menetap di Lembah Klang, malah penduduk di luar Selangor juga mengunjungi tempat ini bagi mendapatkan pelbagai barangan komputer dan gajet pada harga berpatutan. Melalui pengalaman kami pula, ‘mencuci mata’ melihat peranti-peranti terbaharu daripada jenama-jenama besar merupakan perkara wajib sekiranya mengunjungi plaza terbabit. Kami masih ingat, ketika di zaman belajar, aktiviti bersama rakan selepas...

Jangan Jadikan Pengguguran Muhyiddin Sebab Perpecahan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob SERDANG – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak dijadikan isu yang boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu berkata seluruh anggota parti perlu sedar bahawa soal melantik atau menggugurkan seseorang menteri merupakan kuasa mutlak Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri. “Saya harap semua anggota UMNO bertenang kerana yang pentingnya di sini bukan individu tetapi lebih utama adalah parti dan sebagai tanda sayang...

Video Yang Membuktikan Zara Sememangnya Wujud

BEBERAPA minggu sebelum ini, kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelacur berbangsa Melayu yang dilihat amat berani ‘mempromosikan’ dirinya di laman sosial bagi menawarkan perkhidmatan seks. Dikenali dengan nama Zara, dia menjadikan medium Facebook untuk mendapatkan pelanggan dan dilihat tidak segan silu memaparkan gambar seksi melampaunya. Apa yang menjadi kemusykilan ialah ada yang berkata si Zara ini tidak wujud dan gambar-gambar yang bertaburan di media sosial mungkin hanya digunakan bagi mengaburi mata pelanggannya. Apa yang pasti wanita bernama Zara ‘wujud’ dan inilah bukti yang diperoleh daripada perkongsian video...

Digigit ‘Raja’ Nyamuk, Muka Lelaki Bengkak Macam Belon

WAJAH seorang lelaki di China didakwa bertukar seperti belon selepas digigit oleh seekor ‘raja’ nyamuk di tempat kerjanya. Menurut laporan media tempatan, muka lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 30, sudah membengkak selama 2 bulan sehingga dia tidak boleh membuka matanya. Zhang yang berasal dari Jiangsu mendakwa digigit nyamuk bersaiz 20 kali ganda daripada biasa pada 26 Mei lalu dan dia telah mencubit bahagian digigit tersebut untuk menghilangkan gatal. Namun, kesannya telah mengakibatkan bahagian mukanya mengembung seperti belon. Dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor tidak dapat mengubatinya. Zhang disahkan...

Pemuda UMNO Akur Rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak semula jemaah menteri seperti yang diumumkan beliau semalam. Pemuda UMNO dalam satu kenyataan media berharap kerajaan dapat diperkukuhkan lagi melalui rombakan itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan membuktikan amanah yang dipikul tidak dikompromi. “Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Pemuda UMNO tetap menghormati beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO, begitu juga Datuk Seri Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO,” kata kenyataan itu hari ini. Sehubungan itu, Pemuda UMNO berharap...

Pusat Panggilan SSM Memudahkan Urusan Anda

HAMPIR mustahil buat mereka yang mempunyai perniagaan di Malaysia tidak mengetahui apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ianya kerana premis mahupun laman web badan berkanun inilah yang dituju oleh mereka yang ingin mendaftarkan perniagaan. Fungsi SSM bukan sahaja mengawal selia syarikat dan perniagaan di negara ini malah memastikan pentadbiran undang-undang Akta Syarikat 1965 [Akta 125], Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28] dipatuhi menerusi aktiviti penguatkuasaan berterusan. Selain itu, SSM merupakan pembekal maklumat syarikat dan...

Tingkat 9 Dan 10 Menara Dua Bukit Aman Terbakar

KUALA LUMPUR – Kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10 Bangunan Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini petang tadi. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang. “Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat sepuluh adalah Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya. Sementara itu, wartawan Bernama yang berada di tempat kejadian, melaporkan kebakaran telah dipadamkan pada 8 malam oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. – BERNAMA Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story