Fizo Omar Bakal Bertunang, Akui Dapat Restu Ibunya – Rasanya sekitar penghujung bulan Mei yang lalu, dikhabarkan aktor kacak kelahiran negeri Kelantan, Fizo Omar sudah putus cinta namun desas-desus terbaru mengatakan Fizo bakal melangsungkan majlis pertunangannya tidak lama lagi.
Berita pertunangan tersebut turut disahkan oleh tuan badan sendiri namun enggan berbicara lebih lanjut mengenai isu berkenaan kerana semuanya masih dalam perancangan.
“Ya, memang saya akan bertunang tapi tak boleh cakap bila. Nanti bila dah tiba masanya saya akan umumkan kepada semua.”
“Buat masa ini masih belum tetapkan apa-apa lagi, semuanya masih dalam...