LLM Cadang Kuatkuasa Perintah Larangan Kenderaan Berat Pada Cuti Umum

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya. 
Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
"Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Okt lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain. 
Ismail berkata, pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berhad juga sentiasa melaksanakan intervensi yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya. 
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji kemungkinan penyediaan jajaran baru bagi seksyen Ipoh ke Kuala Kangsar yang akan menjadi laluan alternatif sedia ada. 
Mengenai cadangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyediakan laluan khas kenderaan berat, Ismail berkata kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan lokasi cadangan pelebaran lorong di kawasan berbukit melibatkan kos yang tinggi.  
Dalam pada itu, LLM berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dengan lebih ketat ke atas pengusaha perkhidmatan logistik ini dari segi aspek keselamatan keadaan kenderaan berat tersebut.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story