Shah Rukh Khan Berdepan Siasatan Inkuiri

Shah Rukh Khan

New Delhi – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan berdepan inkuiri daripada kerajaan susulan laporan beliau dan isterinya Gauri bakal mendapat bayi lelaki menerusi ibu tumpang, bulan depan.
Di bawah undang-undang India, ujian awal menentukan jantina bayi sebelum kelahiran adalah diharamkan.
Siasatan dijalankan selepas Persatuan Radiologi dan Pengimejan (IRIA) memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Maharashtra bagi mengetahui bagaimana aktor tersebut mengetahui jantina bayi yang masih belum dilaporkan.
“Jika laporan itu benar, maka adalah jelas selebriti berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,’’ kata coordinator IRIA, Jignesh Thakkar.
Shah Rukh Khan yang mempunyai dua anak iaitu Aryan, 16 dan Suhana, 13, setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Beliau baru-baru ini telah melancarkan trailer mengenai filem terbaru, yang diarahkan oleh Rohit Shetty’s Chennai Express.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan mengesahkan bahawa pihaknya menerima emel daripada IRIA dan tindakan sewajarnya akan diambil jika perlu.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wanita Muda Gaza Jadi Ibu Kembar 11

Naima al-Batash

Gaza – Seorang wanita muda berusia 21 tahun, Naima al-Batash melahirkan anak kembar lima, selepas melahirkan kembar enam sebelum ini.
Ia menjadikan wanita Palestin itu sebagai ibu kepada 11 orang anak.
“Saya betul-betul tidak mahu melahirkan anak lagi, tapi ini yang berlaku.
“Ketika sesi menyusu, saya akan menidurkan seorang bayi, namun bayi yang lain mula bangun, jadi saya akan mula menyusu semula. Keadaan yang sama berulang semula menyebabkan kepala saya berpusing-pusing,’’ katanya.
Apa pun kata Naima, Allah telah memberikan anak-anak berkenaan maka menjadi tanggungjawabnya untuk membesarkan mereka.
Suami Naima iaitu Raad yang hanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan kini mula merasa pening apabila memikirkan mengenai kewangan.
Dengan gaji sebanyak $500 sebulan, hampir separuh daripada gajinya digunakan untuk membayar hutang.
“Apa yang saya rasakan ketika ini ialah terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membeli susu dan lampin,’’ kata Raad.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Artis Terkenal Lubnan Sanggup Jual Rumah

Fadel Shaker

Lubnan – Fadhel al-Shaker merupakan penyanyi terkenal di Lubnan, namun kini dia meninggalkan semua dunia kemasyuran berkenaan demi untuk berjuang bagi menghapuskan penindasan ke atas penduduk di Syria.
Fadhel yang kini mahu dikenali sebagai Haji selepas menunaikan ibadah tersebut di Mekah, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai perjuangan Tentera Pembebasan Syria (FSA).
“Saya sanggup tidur di atas tanah demi revolusi Syria,’’ kata bekas penyanyi itu.
Dia sebelum ini merupakan penyanyi lagu berunsurkan romantik dan terkenal di seluruh dunia Arab.
Bekas artis popular itu mengumumkan persaraannya daripada industri muzik pada tahun lepas.
Menurut Fadhel, FSA akan diberikan bantuan kewangan dan akan memberikan bantuan sedaya mungkin.
Selain berpengetahuan dalam bidang senjata, Fadhel bagaimanapun tidak memberitahu sama ada dia akan menyertai pejuang-pejuang FSA menentang rejim Presiden Bashar Assad.
Fadhel telah mengahwini seorang wanita Palestin dan pernah memohon taraf kewarganegaraan daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Peguam Didakwa Menipu Lelaki Babitkan RM2.3j

Peguam Didakwa Menipu

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan kes seorang peguam yang dituduh menipu seorang lelaki membabitkan RM2.3 juta dua tahun lalu.
Leng Kok Ooi, 60, bersama seorang lagi yang telah dituduh Gabriel Youshua
a/l Moses, 55, didakwa menipu Chang Chin Fooi, 42, untuk mempercayai geran tanah GM5909, Lot 950, 4th Miles Batu Road Mukim Batu di sini adalah sah.
Berikutan itu dia mendorong mangsa membuat pembayaran RM2,395,640 sebagai cagaran untuk pembelian tanah itu.
Leng yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di 815 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, Blok E, Phileo Damansara 1, Seksyen 16, di sini pada 4 Nov hingga 28 Dis 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin dan memohon agar pasport tertuduh diserahkan pada mahkamah. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Perhilitan Tahan Warga India Jual Kuku Harimau

Kuku

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan tiga lelaki warga India kerana didapati menjalankan aktiviti menjual pelbagai spesimen hidupan liar secara haram di sekitar Jalan Pasar, Pudu di sini hari ini.
Perhilitan dalam satu kenyataan media memberitahu ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira pukul 12.30 tengahari kerana didapati menjual kuku dan gigi harimau, kaki dan kulit harimau, kuku dan kepala serigala, kuku burung helang serta bulu gajah.
“Ketiga-tiga suspek tersebut telah diterangkan mengenai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 ( Akta 716 ) iaitu seksyen 87,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, mana-mana individu yang menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi merupakan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.
Justeru, kata kenyataan itu, Perhilitan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pudu dan ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

KLIA2 Beroperasi 2 Mei 2014 – MAHB

KLIA2

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad’s (MAHB) manyasarkan KLIA2 yang berkeluasan 257,000 meter persegi akan mula beroperasi pada 2 Mei 2014.
MAHB dalam satu kenyataan media memberitahu sasaran itu ditetapkan berdasarkan tarikh siap yang disemak oleh pihak kontraktor.
“Pihak kontraktor telah meminta semakan semula berhubung tarikh penyiapan KLIA2.

“UEM Construction Sdn. Bhd. (UEMC), UEMC-Bina yang merupakan kontraktor bagi pembinaan bangunan terminal telah mengesahkan tarikh siap bangunan itu pada 30 April 2014,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, kata kenyataan itu, berdasarkan tarikh siap oleh pihak kontraktor maka MAHB menyasarkan KLIA2 akan dibuat untuk operasi pada 2 Mei 2014.
MAHB bagaimanapun menegaskan akan terus memantau kemajuan kerja yang dilakukan oleh semua kontraktor dan ganti rugi iaitu LAD akan dikuatkuasakan mengikut obligasi kontrak kontraktor masing-masing.
Tegas kenyatana itu, keselamatan dan kualiti adalah keutamaan MAHB maka kontraktor dikehendaki memastikan penyelesaian bangunan terminal KLIA2 mematuhi semua standard keselamatan yang dikehendaki.
Media sebelum ini melaporkan tempoh pembinaan klia2 yang sepatutnya siap pada bulan ini terpaksa ditangguh kerana perubahan beberapa skop kerja yang dikatakan telah memberi kesan terhadap tempoh pembinaannya.
Sehubungan itu MAHB memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas kontraktor terlibat akibat kelewatan tersebut. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tipu Kutip Sumbangan Tabung Kebajikan

Sumbangan Tabung Kebajikan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah operasi dan seorang bekas koordinator sebuah badan kebajikan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menipu sebuah syarikat pembekal barangan am berhubung sumbangan kebajikan melibatkan RM200,000.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
“Tertuduh yang merupakan bekas Pengarah Operasi Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius dan rakannya, bekas koordinator didakwa menipu pemilik Zamrud Enterprise, Ng Suat Hon dengan memperdayakannya supaya menyumbang wang sebanyak RM200,000 ke dalam tabung kebajikan pendidikan tersebut.
“Sumbangan tersebut (kononnya) dilakukan bagi membolehkan Zamrud Enterprise mendapat pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedangkan kedua-dua tertuduh tahu syarikat tersebut tidak layak ditawarkan pengecualian LHDN bertarikh 25 Oktober 2007,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Tabung Kebajikan dan Pendidikan E-Pendidikan Genius di Suite 17.2, Level 17, Bangunan MAS Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang bertarikh 30 November 2007.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan setiap tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afifah Yusof sementara kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam bela Ikmal Hisam Idris. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pegang Buah Dada Sambil Bertelekung

Ellie

Kerana PAS sibuk berpolitik hingga gagal perjuangkan Islam, Nik Aziz menghilangkan diri….Kerana UAI sibuk berceramah Bla…Bla..Bla mereka bersalah dalam hal ini….inilah Akibatnya umat islam PAS hilang Akal……
Pelik.. pelik… memang pelik masyarakat sekarang.
Kalau anda bukan seorang yang jenis beramal soleh, tak perlulah perlekeh aksi yang sepatutnya orang beriman lakukan, memalukan dan hanya mengundang dosa sahaja.
Sekeping gambar yang kami perolehi ketika melayari Facebook amat memalukan.
Gambar ini menyaksikan seorang wanita, yang masih bertelekung, sambil memegang payudaranya untuk bergambar.
Walaupun asetnya itu tidak diperlihatkan secara terang-terangan, namun amat jelas apa yang sedang dipegangnya !
Kemudian gambar tersebut dimuat naik ke akaun facebook beliau.
Entah apa tujuan dilakukan perkara sedemikian.
Melihatkan akaun FBnya yang tidak aktif, wanita ini ada memuat naik beberapa keping gambar lain yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang, mungkin suaminya, tapi, rasanya tak perlulah dibuat secara terbuka perihal ‘dalam kelambu’ anda, simpan aja… – ( Singa Siber Pemburu Pakatan Pembangkang)


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: Detik-Detik Kemalangan Payung Terjun Yang Membabitkan Angota Polis

Payung Terjun

TAIPING – Seorang anggota polis dari ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya disahkan mengalami kecederaan serius akibat kemalangan ketika melakukan latihan payung terjun di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Koperal Mohd Fauzi Rasid, 46, cedera parah dan patah kedua-dua belah peha.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa ketika ini sedang bertugas di Cawangan D7, IPD Petaling Jaya dikatakan sedang mengikuti latihan payung terjun pada 15 Jun lalu.
Menurutnya, mangsa dikatakan terjatuh semasa menjalani latihan iaitu kira-kira jam 9.30 pagi di kawasan Lapangan Terbang Tekkah dekat sini.
“Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut dan selepas itu ditahan di Wad 18.
“Namun difahamkan mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pantai Ipoh untuk rawatan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Dalam pada itu, Yusuf berkata, mangsa juga adalah salah seorang ahli Kelab Penerbangan Awam dan ketika itu sedang menjalani latihan yang dianjurkan kelab berkenaan.
Sinar Harian difahamkan mangsa kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh dan masih menjalani rawatan. – sinarharian.com.my



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: Cuba Selamatkan Gadis Dirogol, Empat Askar Mujahideen Terbunuh

Gadis Dirogol

Empat askar Mujahideen dilaporkan terbunuh ketika dalam percubaan mereka untuk menyelamatkan seorang gadis yang terdampar di sebuah jalan dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh askar Hizbullah, baru-baru ini.
Askar yang telah merogol gadis terbabit sengaja mahu menjadikan mangsanya sebagai perangkap untuk menembak mati askar Mujahideen yang mahu membantunya.
Nampaknya krisis di Syria semakin hari semakin membimbangkan terutama buat kaum wanita dan kanak-kanak.
Askar-askar di sana ternyata mengambil kesempatan dengan kelemahan kaum Hawa sehinggakan sanggup merogol dan mendera mereka demi memuaskan nafsu mereka sendiri.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GADUH: Myanmar Henti Hantar Pekerja Ke Malaysia Sementara Waktu

GADUH: Myanmar Henti Hantar Pekerja Ke Malaysia Sementara Waktu

PETALING JAYA –  Myanmar telah menghentikan penghantaran pekerjanya ke Malaysia buat sementara waktu kerana bimbang mengenai tahap keselamatan susulan insiden keganasan melibatkan rakyatnya di negara ini.
The Elevan Media di Myanmar melaporkan Persekutuan Agensi Pekerjaan Luar Negara (Myanmar) pada minggu lalu telah mengarahkan syarikat pekerjaan luar negara untuk tidak lagi menghantar pekerjanya ke Malaysia.
“Situasi di sana sekarang memaksa kita untuk bertindak demikian. Kami menerima laporan bahawa keadaan di sana kembali tenang sekarang. Keadaan itu hanya bersifat sementara sahaja.
“Namun kami tidak boleh jangka bila ketegangan itu akan bermula lagi. Kami juga akan berbincang dengan delegasi kerajaan yang baru tiba dari sana,” kata Ei Mon Soe, seorang Pengarah dari Kementerian Buruh Myanmar.
Beberapa syarikat pembekal buruh di sini turut mengesahkan pekerja Myanmar tidak dihantar sejak minggu lalu.
Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan LLN, Ng Cheng Ho berkata dua pekerja Myanmar yang sepatutnya tiba minggu ini tetapi ia ditangguhkan walaupun dokumen berkaitan telah dihantar dan diluluskan.
“Ejen mereka di Myanmar memberitahu saya bahawa mereka tidak boleh menghantar pekerja terbabit sekarang,” katanya.
Seorang perunding syarikat pembekal buruh yang hanya ingin dikenali sebagai Isabel berkata, mereka menghadapi situasi yang sama.
Bagaimanapun, katanya, mereka akan terus memproses dokumen pekerja-pekerja yang ingin bekerja di sini kerana percaya pembekuan sementara itu akan berakhir dalam masa terdekat.
Dianggarkan kira-kira 300,000 pekerja Myanmar di Malaysia yang bekerja secara sah dan haram sementara 100,000 lagi pelarian dari negara itu. – tHE STAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Berlatih Berjalan Atas Kabel Sejauh 400 Meter

Nik Wallenda
SARASOTA – Pelagak ngeri Amerika Syarikat, Nik Wallenda berlatih berjalan di atas kabel di sini, dalam negeri Florida kelmarin.
Aksi berbahaya tersebut disaksikan oleh beratus-ratus penonton.
Wallenda membuat latihan itu sebagai persediaan untuk berjalan merentasi kabel di ngarai Grand Canyon, negeri Arizona pada 23 Jun ini.
Pelagak ngeri itu merupakan pemegang enam rekod dunia berjalan atas kabel.
Pada Ahad ini, dia akan melakukan aksi lagak ngeri paling berbahaya yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.
Wallenda, 34, akan berjalan di atas kabel sepanjang 400 meter merentasi sungai Little Colorado pada ketinggian mencecah 460 meter.
Lelaki tersebut merancang melakukan aksi itu tanpa menggunakan peralatan keselamatan seperti abah-abah.
Percubaan itu akan menjadi aksi berjalan di atas kabel paling tinggi bagi Wallenda.
Ketinggian tersebut melebihi bangunan pencakar langit Empire State dengan aksinya akan ditayangkan secara langsung oleh saluran Discovery Channel. – REUTERS

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Filem Superman Kuasai Carta Pecah Panggung

Man of Steel
LOS ANGELES – Filem adiwira Superman: Man of Steel berada di puncak carta filem pecah panggung di Amerika Utara pada hujung minggu lalu, menurut industri perfileman kelmarin.
Filem arahan Zach Snyder yang dibintangi aktor kelahiran Britain,
Henry Cavill, Amy Adams dan Russell Crowe itu berjaya meraih jumlah kutipan tiket sebanyak AS$113 juta (RM354 juta).
Namun, Man of Steel mendapat banyak kritikan di laman web Rotten Tomatoes ekoran penggunaan teknologi kesan imej komputer (CGI ) yang banyak.
Agensi yang mengumpul jumlah kutipan tiket, Exhibitor Relations memberitahu, filem komedi This Is The End lakonan James Franco and Jonah Hill pula berada di tempat kedua dengan memperoleh AS$20.5 juta (RM64.2 juta).
Berada di tempat ketiga adalah filem Now You See Me yang berjaya meraih jumlah kutipan tiket sebanyak AS$10.3 juta (RM32.3 juta).
Sementara itu, filem sekuel aksi perlumbaan kereta, Fast & Furious 6 lakonan hebat Vin Diesel dan Michelle Rodriguez memperoleh sebanyak AS $9.4 juta (RM29.5 juta) di tempat keempat.
Filem seram bajet rendah, The Purge yang mengungguli carta filem pecah panggung pada minggu lalu menduduki tempat kelima apabila mengaut AS$8.2 juta (RM25.7 juta).
Menurut Exhibitor Relations, The Purge yang dihasilkan dengan kos AS$3 juta (RM9.4 juta) itu sudah memperoleh kutipan keseluruhan sebanyak AS$51.8 juta (RM162.3 juta). – AFP

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wanita Cakap Loghat Perancis Lepas Nahas

Leanne Rowe
Melbourne – Seorang pemandu bas Tasmania bercakap dengan loghat pekat bahasa Perancis selepas cedera serius di kepala dalam satu kemalangan kereta.
Leanne Rowe ialah seorang daripada 62 orang di dunia dan yang kedua di Australia disahkan menghidap penyakit yang amat jarang berlaku yang dikenali sebagai ‘Sindrom Loghat Asing.’ Leanne mula bercakap bahasa yang berbunyi seperti loghat Perancis apabila terjaga di Hospital Austin di Melbourne selepas patah tulang belakang dan rahang akibat kemalangan kereta.
“Ketika rahang saya mula pulih mereka berkata saya bercakap dengan bahasa tidak jelas kerana ubat yang saya makan,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC.
Tetapi, selepas lapan tahun pulih, masalah itu masih berterusan dan loghat bahasa Perancisnya masih pekat.
Leanne. anggota tentera simpanan sebelum kemalangan berkata, dia semakin biasa dengan keadaan itu.
“Ia membuat saya begitu marah kerana saya orang Australia, bukan Perancis. Saya tidak berdendam dengan orang Perancis,” katanya.
Anak Leanne, Kate Mundy kini banyak bercakap untuknya di tempat awam.
“Ia banyak menjejaskan kehidupannya. Orang ramai hanya melihatnya dari segi jenaka dan berpendapat ia menarik. Tetapi, saya sendiri melihat kesannya ke atas ibu saya,” kata Kate.
Doktor keluarga mereka, Robert Newton percaya Leanne mengalami Sindrom Loghat Asing teruk dan mengaku tidak pernah berdepan keadaan seperti itu.
“Dia datang kepada saya dan bercakap dalam loghat bahasa Perancis yang pekat. Saya terkejut. Memang dia belajar bahasa Perancis di sekolah, tetapi tidak pernah ke Perancis dan langsung mempunyai rakan orang Perancis.” – myMetro Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bot Jadi Rumah Seorang Pelajar

Pelajar
London – Seorang pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah membeli sebuah bot untuk didiami ketika belajar di universiti.
Langkah pelajar geografi fizikal, Joe Pearce membolehkan dia berjimat sebanyak £5,600 (RM28,000).
Bot itu dibelinya secara atas talian pada harga £800 (RM4,000), bersamaan dengan sewa dua bulan.
Pearce tinggal di bot kelas Falmouth Gypsy sepanjang tujuh meter itu selama 14 bulan ketika belajar untuk ijazah sarjananya di Universiti Aberystwyth.
Meskipun masih boleh belayar, Pearce mengaku botnya itu, Golden Cloud boleh diibaratkan sebagai khemah kayu Ia dibina di Penryn, Cornwall, 32 tahun lalu. Badannya diperbuat daripada gentian kaca. “Ketika belajar mendapatkan ijazah sarjana, saya menyedari saya tidak mampu tinggal di rumah pangsa.
Saya berkongsi rumah itu dengan teman wanita saya dan kami membahagikan bayaran sewa £100 seminggu itu antara kami,” kata Pearce.
Menurutnya dia membeli bot berkenaan daripada pemiliknya di Porthmadog, Wales Utara.
“Rakan saya teruja dan menyangka saya membeli kapal layar yang glamor. Mereka terkejut apabila melihat bot yang saya beli. Zamannya untuk belayar sudah berlalu dan bagi saya, hidup di dalamnya seperti menjalani perkhemahan mewah atau tinggal di dalam khemah kayu!” Bot itu dilengkapi enjin buatan 1970 dan bahagian tertingginya ialah 1.7 meter, Ia menyukarkan Pearce bergerak kerana ketinggiannya hampir dua meter.
“Saya menyimpannya di limbungan bot Ynslas, kira-kira 13 kilometer dari Aberystwyth dan saya akan berbasikal pergi dan balik ke universiti bagi menjimatkan wang.
“Semua orang di limbungan itu begitu baik dan membantu saya memasang bot berkenaan kerana saya tidak berpengalaman. Saya hanya perlu membayar £1(RM5) sehari untuk menyimpannya di situ.
“Kadang kala ia menjadi sesak kerana ketinggian bumbungnya tidak sesuai. Saya terpaksa membongkok. Bagaimanapun, bot itu menjadi tajuk perbualan. Saya juga mengadakan parti di dalam bot itu,” katanya. – Daily Mail

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hebat! Pencawang Internet Google Guna Belon Udara Panas


Gergasi enjin carian internet, Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi bagi bagi menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia.



Mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan, pelancaran projek rahsia itu dibuat di New Zealand kelmarin.

Sebagai permulaan, sekitar 50 isi rumah mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut.

Belon-belon udara panas itu mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.

Google berharap pihaknya dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas itu bagi menyalurkan perkhidmatan internet ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Usaha tersebut yang dinamakan Projek Loon, kata Google, diharap dapat mengurangkan jurang digital antara 2.2 bilion pengguna internet semasa dan sekitar 4.8 bilion lagi yang tidak memiliki kemudahan itu.

Menurut Google, belon udara panas yang bertindak sebagai pencawang itu juga membolehkan negara rantau Asia Tenggara dan Afrika menyalurkan perkhidmatan internet pada kos lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik.

"Ini projek besar, matlamat kami juga besar," kata ketua inisiatif tersebut, Mike Cassidy.

Dilengkapi panel solar, Belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon tersebut dapat menyalurkan perkhidmatan internet meliputi kawasan seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Belon udara panas itu mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah tanpa mengira bentuk permukaan bumi. -AP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Amy Mastura Pilih Rakam Lagu Lebih Ceria

Amy Mastura
PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mengakui memilih lagu-lagu yang memberi inspirasi, bertenaga dan ceria bersesuaian dengan karakter sebenar dirinya.
Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi, 42, berkata, lagu-lagu seperti itu memberi warna dalam hidup beliau dan mudah untuk disampaikan.
“Saya kalau boleh ingin lagu-lagu yang bersesuaian dengan jiwa saya yang ceria. Saya suka orang yang dengar lagu saya berasa gembira.
“Macam lagu terbaru saya Tapi Itu Dulu, ia segar dan catchy, mudah untuk diingati oleh pendengar,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Amy, dia bakal melancarkan single keduanya pada Oktober depan yang turut menampilkan genre yang sama seperti lagu sebelum ini.
Dalam pada itu penyanyi yang terlibat dalam pementasan teater Nyonya and The Gang ini turut menerima tawaran lakonan tersebut kerana watak Keponakan Anggun yang dilakonkannya bersifat komedi dan ceria.
“Saya suka watak ini, namun untuk menghafal skrip berbahasa Indonesia mengambil masa selama sebulan.
“Lagi pula sebelum ini saya hanya berlakon teater berkonsepkan kanak-kanak dan ini kali pertama saya berlakon teater dewasa. Setakat ini tiada masalah,” katanya.
Bagaimanapun, dia menolak dakwaan lakonannya menenggelamkan karakter pelakon lain dalam teater tersebut.
“Saya lakukan yang terbaik untuk watak tersebut, jika penonton terhibur itu sudah memadai,” katanya.
Teater Nyonya & The Gang dipentaskan bermula 14 hingga 20 Jun ini di Panggung Sari Istana Budaya. – mStar Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Siti Saleha Menawan Dalam Persalinan Innai Red

Siti Saleha Menawan Dalam Persalinan Innai Red

Sempena dengan kedatangan Syawal yang bakal kunjung tiba, ramai di kalangan pereka fesyen tempatan sudah mula mempromosikan jualan baju raya menjelang hari lebaran pada tahun ini.
Terbaru, label terkemuka Innai Red telah tampil menerusi pelakon wanita kacukan Melayu-Inggeris iaitu Siti Saleha Rahman memperagakan 15 koleksi pakaian raya yang terdapat dalam pelbagai variasi gaya dan rekaan.
Koleksi Innai Red seperti biasa banyak menggunakan warna pastel yang menjadi trademark pemiliknya serta olahan gaya yang elegan, anggun dan juga sofistikated.
Jadi buat anda yang ingin bergaya secantik Siti Saleha, jangan lupa dapatkan koleksi anda sendiri di Innai Red.
1
2
3
4
5

Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

-->

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story