Pada awalnya, majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani bakal berlangsung selepas Asar di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada 23 Februari ini.
Namun pasangan ini telah sepakat untuk mengubah waktu majlis nikah mereka ke selepas solat Maghrib memandangkan agak kelam kabut untuk saudara mara hadiri majlis jika berlangsung selepas solat Asar.
Yusry KRU & Lisa Surihani juga menukar lokasi pernikahan mereka ke hotel Putrajaya Marriot Resort & Spa kerana tidak mahu menggangu jemaah di’masjid dan lebih sesuai untuk hadirin yang lebih besar.
Dalam kenyataan yang sama, pasangan ini turut mengakui yang mereka masih belum memilih penaja yang sesuai untuk kedua dua majlis besar mereka dan masih menerima tawaran tajaan dari sesiapa yang berminat.
“Pakaian nikah dan resepsi pun dibeli kami sendiri dan saya berpuas hati kerana membelinya menggunakan hasil titik peluh sendiri. Untuk kedua-dua majlis kami hanya memakai sepasang baju sahaja,” ujar Lisa Surihani kepada KOSMO! hari ini.
0 comments:
Post a Comment