Saks Dengan 2 Pelajar Lelaki..Guru Wanita Ini Ditangkap Polis



Seorang guru wanita di sebuah sekolah di Los Angeles, Amerika Syarikat, ditangkap polis. Guru itu dituduh menjalin hubungan seks dengan dua orang muridnya.


Guru bernama Gabriela Cortez, (42) (gambar), asal Montebello itu, ditangkap pada Rabu (22/2/2012), malam, atas dakwaan melakukan hubungan seks dengan dua remaja lelaki di bawah umur,.


Gabriela ditangkap setelah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, melapor kepada pihak polis, bahawa ia pernah mempunyai hubungan seksual dengannya dari tahun 2008 hingga 2010. Remaja itu melapor ke polis pada bulan lalu.


Pada ketika itu ia masih menjadi pelajar di Sekolah Tinggi, Roosevelt, di Los Angeles, di mana Gabriela mengajar Bahasa Sepanyol. Dalam proses penyiasatan diketahui seorang pelajar lain di sekolah tersebut juga pernah menjalin hubungan seksual dengan Gabiela.


Seorang dari mereka memberitahu kepada penyiasat itu juga mendedahkan pernah melakukan hubungan seksual dengan Gabriela di rumahnya yang terletak di Montebello, pinggiran Los Angeles bahagian timur.


Penyelidik polis, mensyaki ada mangsa lain selain kedua remaja lelaki tersebut. (dailymail)sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story