Jasa Melayu Sokong Kerajaan Dibalas

Jasa Melayu Sokong Kerajaan Dibalas

Jasa Melayu Sokong Kerajaan Dibalas
Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan megah dan penuh karisma berdiri di hadapan ribuan pengunjung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mengumumkan langkah-langkah pemerkasaan ekonomi bumiputera.
Ternyata…masyarakat Melayu dan bumiputera yang mendapat begitu banyak bantuan dan sokongan dari kerajaan selama puluhan tahun tidak pernah dilupakan sehingga ke saat ini.
Hakikatnya, kelompok berkenaan memang sudah terbela malah jauh lebih pada kaum-kaum lain.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta belasan institusi antaranya Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR telah diwujudkan demi Melayu dan Bumiputera.
Biasiswa pendidikan dan membeli rumah pada harga lebih rendah antara kelebihan yang diraih oleh semua orang Melayu termasuk penyokong PAS yang mengutuk UMNO bersikap melebihkan perjuangan bangsa tetapi mereka pun tetap mengambil peluang dan kesempatan atas segala perjuangan UMNO untuk hak dan keistimewaan Melayu.
Entah apa lagi pembelaan yang diperlukan pun tidak tahulah.
Namun, biasalah… masih ada yang tidak berpuas hati dan suara-suara sumbang termasuk penulis-penulis blog yang merasakan diri mereka terlalu hebat (berfikri di luar kotak kononnya – F.U.) terus menghentam dan mengkritik Najib kerana seolah-olah tidak membalas jasa majoriti orang Melayu yang mempertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.
Apa yang sepatutnya beliau buat? Hambat keluar semua bangsa lain sebaik PRU berakhir?
Beliau adalah Perdana Menteri untuk semua di negara ini jadi pendekatan yang diambil ialah menarik benang dalam tepung…benang tidak putus, tepung tidak bersepah.
Untuk melakukan sesuatu yang melibatkan jutaan rakyat pelbagai kaum dan agama serta budaya yang berbeza-beza, ia harus dirancang dengan teratur dan rapi. Sudah pasti ia memakan masa.
Namun mereka-mereka yang gagal dalam hidup tetapi berlagak seolah-olah tahu segalanya mengenai cara mentadbir negara ini menghentam beliau tanpa memikirkan beban yang ada di bahu beliau.
Ingatlah… hati semua pihak harus dijaga. Bangsa lain pun ada jasa dan peranan dalam pembentukan Suvarnabhumi bernama Malaysia ini. Tidak boleh la sesuatu itu dibuat dengan rakus.
Penulis mahu tegaskan lagi sekali…masyarakat Melayu selama ini memang sudah dibela dengan begitu baik sekali. UiTM di mana Najib membuat pengumuman hari ini sendiri adalah simbol betapa Melayu dan bumiputera itu tidak pernah dilupakan.
Jadi… apa lagi pembelaan dan jasa yang perlu dibalas? Takkan kerajaan perlu bank ini beberapa juta RM dalam akaun orang Melayu setiap bulan untuk memperlihatkan kesungguhan membela mereka.
Selama puluhan tahun laluan dan jalan sudah dibuat kerajaan melalui pelbagai agensi dan inisiatif serta dasar…selebihnya pandai-pandailah nak guna jalan yang mana untuk sampai ke puncak. Signboard apa semua kerajaan dah letak… baca dan ikut aje untuk mendapat kejayaan… nak mudah macam mana lagi?
Namun, selepas PRU 13 lalu, wujud suara-suara yang mahukan lagi… dan lagi dan lagi…
Dan Najib berkata hari ini ;
Yes… indeed!!!… we hear you… we hear you loud and clear.
bumi 2
Kesungguhan orang Melayu bersama kerajaan dibalas lagi hari ini… yea…lagi.
Sebanyak 46 perkara ditambah kepada segala kelebihan yang sudah pun dimiliki oleh bumiputera dan Orang Melayu negara ini.
Jumlah yang ingin dibelanjakan untuk masyarakat berkenaan entah berapa bilion.
Cuma sekarang masyarakat Melayu dan Bumiputera perlu lebih rajin dan bijak merebutnya… bukan berharap duit dimasukkan dalam akaun bank setiap bulan… baru nak kata Melayu dibela.
Jangan loser tahap tak ingat.
Dan harapnya janganlah ada sesiapa pun mempersoalkan apa Najib buat itu lagi atau masih tidak puas hati.
Professor serba tahu ini memang ramai walaupun SPM tak lulus adakalnya…
Lihat dari segala kelebihan yang sudah dimiliki masyarakat Melayu selama ini dan bukannya apa lagi yang perlu diberikan selepas PRU-13.
Apa yang diberikan hari ini adalah tambahan dan bonus kepada segala yang sudah pun diadakan selama ini.
Kalau lapangkan sikit dada tu… pasti akan nampak siapa lagi yang mampu buat yang lebih baik untuk semua kaum dan pelbagai agama di negara ini.
Oleh: AK-47

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story