Isteri PM Israel Disiasat 12 Jam Berhubung Rasuah & Penipuan

Isteri PM Israel

TEL AVIV – Polis antirasuah Israel menyoal siasat isteri Perdana Menteri wilayah itu, Benjamin Netanyahu, selama 12 jam atas dakwaan melakukan rasuah dan penipuan.

Disebabkan tahap kerumitan kes berkenaan, Sara Netanyahu, disiasat unit antirasuah sejak jam 1.00 tengah hari waktu tempatan pada Khamis sehingga jam 1.00 pagi Jumaat.
Dalam kenyataan, unit berkenaan, Lahav 433, berkata hasil siasatan diserahkan kepada pejabat Peguam Daerah Baitulmaqdis yang akan memutuskan mengenai proses pendakwaan.
Siasatan terhadap Sara menyusul tindakan sama dibuat ke atas bekas penjaga kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis, Meni Naftali.
Keterangan berlanjutan beberapa jam dan menimbulkan persoalan baru dalam kes berkenaan, menurut laporan di Channel 10.
Polis turut menyoal bekas pegawai kanan pejabat Netanyahu, Ezra Seidoff, berdasarkan maklumat terbaru itu, menurut laporan.
Pada hari sama juga, sumber polis mendedahkan bekas Ketua Turus Staf di pejabat Perdana Menteri, Gil Sheffer, disiasat dua minggu lalu berhubung tuduhan beliau terbabit dalam salah guna dana awam bagi pihak Sara dan melakukan kesalahan seksual.
Sheffer diarah menjalani tahanan dalam rumah selama lima hari. – AGENSI/BH ONLINE




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story