HARGA MINYAK DAN EMAS DIJANGKA NAIK TAHUN INI! | Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global, kata Standard Chartered Bank. Ketua Pakar Strategi pelaburan pengurusan kekayaan kumpulan perbankan konsumernya, Steve Brice, berkata harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns dalam suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.
Faktor-Faktor Kenaikan Harga Emas 2012
- Tahap hutang yang tinggi di Barat;
- Kadar faedah sebenar yang negatif;
- Permintaan tinggi dari China dan India serta bank-bank pusat; dan
- Bekalan terhad logam berharga itu.
Beliau berkata keadaan tidak menentu ekonomi global yang berterusan telah merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif lindung nilai berbanding pelaburan yang lebih berisiko.
Faktor-Faktor Kenaikan Harga Minyak 2012
Beliau berkata harga minyak dijangka meningkat kepada AS$100 setong dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini ekoran risiko geopolitik di Timur Tengah dan permintaan kukuh dari pasaran-pasaran baru muncul, terutama China. – BHarian Online
0 comments:
Post a Comment