KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Twitter yang hanya dikenali sebagai @bob_azuan yang tiba-tiba muncul menyerang pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini melalui laman sosial itu hari ini bertindak menutup akaun miliknya itu dipercayai kerana tidak mahu identiti sebenarnya terbongkar.
Lelaki itu sebelum ini begitu hebat mengecam Rita yang ‘digantung tidak bertali’ oleh suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, mendakwa mengetahui banyak rahsia dan mengugut untuk mendedahkan gambar-gambar peribadi Rita itu di laman sosial tersebut.
Menurut laman blog hiburan popular, Beautifulnara.com, @bob_azuan pada mulanya menyerang Rita dengan pelbagai tohmahan buruk dan peminat-peminat yang menyaksikan kekecohan itu mula mengesyaki bahawa dia adalah Zaquan Adha, adik kembar suami Rita.
“Namun ada peminat-peminat Rita Rudaini yang menyatakan bahawa Zaquan Adha berselindung di sebalik Twitter Bob Azuan.
“Ini kerana gambar profile yang digunakan adalah sama dengan gambar yang ada pada Twitter Zaquan sendiri,” tulis pemilik blog tersebut, Abang Nara, hari ini.
Rita pula menyatakan di Twitternya bahawa beliau mengenali @bob_azuan dan sengaja membiarkan lelaki ‘misteri’ itu berkicau terus di laman sosial itu.
“Sbnarnye sy tau sape itu bob,cuma sj nk provok n akhirnye sdiri mengaku,trserlah kebodohan dia :) ape msalah awk sbnrnye @bob_azuan,” kata Rita pula mengenai lelaki tersebut.
Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh @bob_azuan dan menyatakan bahawa dia jurugambar kepada Zaquan ketika itu dan terus menerus menghentam Rita.
‘Tak kisah pihak mana pun…dh mmg jenis @AiritRudaini (Rita) ni psiko, maklum la org baru pakai BB tu kalut sgt kt tweeter.
“Mmg la rita x bg si ayah jumpa anak2 pun..dri ari tu kot, pastu dia ckp kt paper si ayah x pedulikan anak2, bestkan lakonan?
“korg nk aku upload pic rita yg aku de ke? Hahaha..meroyan plak betina tu nanti,” kata @bob_azuan yang dipetik dari blog Beautifulnara.com.
“Mmg la rita x bg si ayah jumpa anak2 pun..dri ari tu kot, pastu dia ckp kt paper si ayah x pedulikan anak2, bestkan lakonan?
“korg nk aku upload pic rita yg aku de ke? Hahaha..meroyan plak betina tu nanti,” kata @bob_azuan yang dipetik dari blog Beautifulnara.com.
Mynewshub.my yang mahu mengetahui kisah lebih lanjut berhubung serangan itu berkunjung ke link @bob_azuan yang diberikan Abang Nara dan mendapati akaun tersebut telah ‘hilang’, dipercayai ditutup pemiliknya.
Blog itu juga sempat mendapatkan bukti @bob_azuan yang menghentam Rita dan secara tidak langsung mencabar pemilik sebenar akaun Twitter itu untuk mengemukan bukti-bukti bagi menyokong kecamannya terhadap aktres itu.
Zaquan dan isterinya yang juga pelakon,Ayu Raudhah, sebelum ini dikatakan menjadi dalang penyebab rumahtangga Rita – Aidil berantakan serta dikatakan bertanggungjawab mengambil barang-barang peribadi abangnya keluar dari kediaman Rita sebelum ini.
Rumahtangga Rita – Aidil kini dikatakan sedang ‘retak menanti belah’ ekoran tindakan Aidil yang keluar dari rumah mereka sejak sebulan lalu dan didakwa enggan lagi duduk semeja bagi menjernihkan keadaan. – Mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment