Aaron Aziz Tak Akan Benarkan Isteri Berlakon


Aaron Aziz Tak Akan Benarkan Isteri Berlakon
KUALA LUMPUR : Pada sebelah petang semalam telah berlangsungnya majlis penyampaian ganjaran kemenangan kepada Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz di Rafflesia Pearl Centre, Hotel Parkroyal Kuala Lumpur.
Hadiah berupa seutas rantai mutiara berhias loket bertatahkan mutiara yang bernilai RM 250,000 menjadi milik Aaron Aziz.
Sebagai tanda cinta kepada si isteri yang juga merangkap pengurus, Diyana Halik telah membuatkan Aaron Aziz berhasrat untuk meghadiahkan kalung bernilai suku juta ringgit itu kepadanya.
Menurut Aaron Aziz, kalung itu adalah rezeki buat isterinya yang telah sekian lama berkerja keras untuknya.
“Terima kasih kepada Rafflesia yang memberikan hadiah mewah ini. Rasa terharu dengan perhargaan setinggi ini dan hadiah ini akan disimpan turun-temurun.
“Kalau nak beli perhiasan semahal ini mungkin tidak dan saya anggap ini merupakan rezeki saya pada tahun 2012.
“Jadi hadiah ini akan saya hadiahkan kepada Diyana, isteri saya,” ujar Aaron setelah mengalung rantai tersebut ke leher isterinya.
Selain daripada itu, ada pihak yang bertanyakan tentang Diyana yang kini dilihat sering menjadi perhatian sebagai isteri dan pengurus kepada Aaron.
Dia juga sering dilihat sering menemani suami popularnya itu ke majlis hiburan.
“Mungkin sekarang Aaron Aziz sering diundang ke majlis dan sudah semestinya saya akan menemaninya sebagai seorang pengurus.
“Bukannya untuk mencuri atau menumpang glamor. Itu sama sekali tidak benar, ” ujar Diyana menjelaskan kedudukannya.
Manakala Aaron Aziz pula memberi tahu bahawa dia tidak membenarkan jika Diyana mahu terjun ke dalam bidang glamor.
“Kalau setakat mahu sesi fotografi penghias majalah atau cerita-cerita di akhbar saya benarkan. Itu pun sebagai pengurus atau individu paling dekat dengan saya.
“Tapi kalau dia mahu berlakon, itu pastinya saya tidak akan benarkan,”ujar Aaron sambil berseloroh.
Aaron Aziz yang kini semakin sibuk, juga menolak dakwaan mengatakan dia sudah semakin demand sebaik saja selepas dinobatkan gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2011.
Bagaimanapun dia menyifatkan sebarang penolakan berlakon kebelakangan ini adalah kerana tuntutan masa dan jadual kerjanya yang sudah penuh sebelum mendapat gelaran itu lagi.
Aaron Aziz bakal beraksi sebagai hos dalam Fear Factor Malaysia yang akan menjalani penggambaran di Afrika Selatan, diikuti beberapa lagi telemovie danjuga filem antaranya Dempak , Cicakman dan terbaru sekali dia baru habis dengan drama Adam & Hawa. – Murai

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story