DITOLAK...Bahrom (kiri) bersama peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid.
SRI WANI...bersyukur
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” kata pengusaha butik kecantikan yang didakwa sebagai lelaki oleh suaminya, Sri Wani Choo Abdullah.
Sri Wani yang kelihatan gembira tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur dan terima kasih selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengetepikan permohonan dibuat suaminya termasuk permohonan untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya.
Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan keempat-empat permohonan dibuat suami Sri Wani yang juga bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi.
Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012
0 comments:
Post a Comment