Samsung Kena Saman Tiru Produk Apple


Samsung Kena Saman Akibat Tiru Produk Apple. Juri persekutuan di San Jose, California, memutuskan hari ini bahawa syarikat gergasi telefon pintar Korea Selatan, Samsung Electronic melanggar sekurang-kurangnya enam paten yang dipegang oleh saingan dan rakan perniagaan mereka sendiri, Apple Inc. Juri memutuskan bahawa Samsung perlu membayar sebanyak  $1.05 billion gantirugi.
Samsung, Apple Didapati Bersalah
Juri sembilan anggota memutuskan bahawa Samsung telah melanggar paten produk Apple untuk produk iPhone dan iPad pada fungsi ‘rubber-banding’, fungsi ‘tap-to-zoom’, ‘graphic user interface’ dan reka bentuk beberapa produk Apple. Pencabulan ini telah dilakukan pada beberapa produk Samsung yang telah memasuki pasaran.
Keputusan ini dijangkakan boleh membawa kepada pengharaman langsung pada jualan beberapa produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan dominasi produk Apple di pasaran peranti mudah alih. Pihak Samsung menggelar keputusan tersebut “satu kerugian bagi pengguna Amerika.”
Sumber: Zulkbo


Sumber: Samsung Kena Saman Tiru Produk Apple 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story