(Congrat)Diana Amir Sudah Bertunang


Walaupun sedaya upaya cuba merahsiakan pertunangannya, rancangan Galaksi TV9 semalam berjaya mendapatkan pengakuan Diana Amir tentang berita gembira tersebut. Diana Amir mengesahkan yang dirinya sudah pun bergelar tunangan orang. Lelaki yang berjaya mencuri hati Diana Amir itu ialah seorang
ustaz pensyarah di sebuah universiti di utara.
diana amir bertunang
Menurut info daripada pelajar-pelajar UiTM Merbok menerusi Twitter, tunang Diana Amir ini dikenali dengan nama Sir Habib
Tahniah diucapkan kepada Diana Amir atas berita gembira ini. Diana Amir pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengucapkan tahniah kepada dirinya menerusi Twitter. Walaupun Abang Nara pasti ada hati jejaka di luar sana yang berkecai, doakanlah kebahagiaan mereka.
gambar tunang diana amir
Semoga majlis pernikahan kelak akan dilangsungkan secepat mungkin. Diana Amir pun khabarnya memang sudah tidak sabar lagi menjadi isteri orang. Abang Nara doakan agar semuanya akan berjalan lancar. Tahniah sekali lagi.
-beautifulnara

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story