Ainan Tasneem Nafi Tiru Imej Najwa Latif



Selepas kejayaan Najwa Latif mempamirkan bakat menerusi laman Youtube, nama Ainan Tasneem pula muncul mengekori jejak langkah sama.

Jelas sekali bakat kedua-dua anak muda ini amat terselah sekaligus membuatkan mereka begitu dikenali ramai.

Namun, sejak kebelakangan ini, ada yang mengatakan yang Ainan Tasneem telah meniru Najwa Latif.
Tiru dari segi apa tidak pasti pula.

Kalau nak kata imej tu, memang kedua-duanya mempunyai persamaan apabila mereka sering mengenakan fesyen tudung bawal dan bermain gitar setiap kali membuat persembahan.

Manakala jika dilihat dari sudut jenis lagu, Ainan ada jawapan yang tersendiri.

Katanya, yang dipetik menerusi Rotikaya.com, hari ini, dia tiada persamaan dengan Najwa.

“Saya tiada persamaaan dengan Najwa Latif.

“Muzik saya lebih kepada balada dan saya yakin peminat akan lebih mengenali imej saya selepas Muzik Muzik ini,” katanya.

Imej yang bagaimana Ainan maksudkan itu? Kita tunggu dan lihat saja.

Sementara itu, lagu nyanyian dan ciptaannya yang berjudul Aku Suka Dia berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik Ke 27, semalam.

Muzik-Muzik Ke 27 akan berlangsung dalam tiga pusingan iaitu pada 11 November, 18 November dan 25 November 2012 ini.

2 comments:

obat jelly gamat said...


hallo:)

obat jelly gamat said...


makasih ya atas infonya , mudah mudahan bermanfaat trus .

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story