Diharapkan Leuniey dapat menjaga Apex sepenuhnya apabila dia sah bergelar isteri Apex yang sah nanti. Terus-terang, Murai Batu setuju dengan pendapat yang mengatakan anda berdua memang pasangan yang sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Tak gitu Mak Jemah?
Apapun, sebaik saja pasangan ini mengumumkan perkahwinannya menerusi pengakuan rasmi pengurus peribadi Apex, khabarnya ada pihak telah berminat untuk menerbitkan sebuah drama pendek khusus mengenai kisah cinta mereka.
Bagaimanapun, cerita ini tidak akan melibatkan Apex dan Leuniey untuk berlakon. Sebaliknya, pihak yang berminat untuk menerbitkan drama ini sedang mengintai pelakon-pelakon tempatan yang boleh melakonkan watak kedua-dua figura ini.
Dalam pada mencari siapakah pelakon yang sesuai, pihak produksi berkenaan masih lagi belum mempunyai kata putus corak perjalanan cerita tersebut. Dengarnya, mereka masih lagi membuat kajian cerita yang perlu diketengahkan serta mampu menarik minat penonton terutama sekali peminat Apex untuk menontonnya.
Sunguhpun begitu, Murai Batu diberitahu seandainya mereka tidak menjumpai pelakon yang sedia ada untuk melakonkan watak Apex dan Leuniey, berkemungkinan besar pihak produksi tersebut bakal membuat sesi uji bakat tidak lama lagi.
Namun, semuanya masih dalam perancangan kerana watak yang mungkin ada dalam drama pendek ini akan diolah dan ditambah lagi. Selain Apex dan Leuniey, watak-watak yang ada disekeliling Apex dan Leuniey juga akan diwujudkan. Mungkin jua watak Siti Nurhaliza akan ada. Kalau tidak pun Siti akan membuat cameo untuk drama ini.
Adakah watak Mak Jemah atau Murai Batu akan diwujudkan? Yelah, kami kan peminat setia Apex. Apa sekalipun, Murai Batu masih belum menerima sebarang pengesahan mengenai drama ini.
Pun begitu, drama ini bakal diterbitkan dengan berdurasi selama 30 minit. Mungkin jua pihak produksi akan menyiarkan di saluran Astro. Berkemungkinan besar, drama ini bakal disiarkan pada hari Apex dan Leuniey dinikahkan.
0 comments:
Post a Comment