Inilah Akibat Melanggar Lampu Merah

Kemalangan

Apa akibatnya jika anda melanggar lampu merah?? Tidak ada akibat lain selain kesusahan, kesakitan dan juga kemungkinan besar kematian.
Video selama hanya 46 saat di laman YouTube yang baru dimuatnaik semalam menjawab segala-galanya apa akibatnya jika anda melanggar lampu merah di jalan raya.
Video itu pada awalnya menunjukkan sebuah kereta sedang laju di sebatang jalan yang lurus tidak kelihatan seperti berhenti.
Perhatikan pada lampu isyarat yang menunjukkan laluan kereta itu sepatutnya berhenti kerana lampu merah menyala. Atas sebab yang tidak dapat dijelaskan kereta itu tidak mahu berhenti sebaliknya terus memandu laju.
Saat-saat akhir video menunjukkan sebuah motosikal yang juga laju dan memang sepatutnya terus bergerak kerana lampu hijau dan kemudian terus dirempuh kereta tadi.
Saksikan bagaimana penunggang motosikal itu melambung tinggi selepas dirempuh kereta terbabit. Mangsa kemudian dilihat diam seketika selepas terbaring di atas jalanraya tetapi kemudian dilihat bergerak sedikit menahan sakit.
Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku di Filipina jika dilihat pada penjelasan yang diberikan. Bagaimanapun, kami ingin menyampaikan penerangan jelas apa akibatnya jika anda mengambil risiko melanggar lampu merah tambahan lagi jika anda penunggang motosikal.
OLEH : IBNU K


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story