Luahan Hati Tunang Azilah Setelah Tujuh Tahun Menanti…

Luahan Hati Tunang Azilah Setelah Tujuh Tahun Menanti...

PUTRAJAYA – Tunang kepada Azilah Hadri berasa cukup lega dan bersyukur selepas bekas anggota polis itu dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Nor Azilah Baharuddin, 35, ketika ditemui media berkata, dia berasa lebih tenang dan tenteram kerana penantian selama tujuh tahun sudah berakhir dan doanya selama ini untuk melihat tunangnya dibebaskan telah termakbul.
“Alhamdulillah dia dibebaskan, memang kami berharap agar dia bebas, tapi tidak meletakkan harapan yang tinggi sebenarnya… sebab dia pun redha dengan apa yang berlaku.
“Kumpulan peguam yang mewakili kes ini sangat bagus dan saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu kami,” katanya.
Nor Azilah Baharuddin ketika ditemui pihak media di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan berkahwin dengan Azilah dalam masa terdekat, Nor Azilah berkata perkara itu akan diberitahu kemudian.
“Saya akan memberitahu pihak media bila sampai masanya… doakanlah kami,” katanya.
Sementara itu, Nor Azilah juga memaklumkan bahawa tunangnya tidak mahu diganggu dan diberi ruang secukupnya sebaik dibebaskan daripada penjara.
Selain Azilah yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas, turut dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya, 28, ialah Koperal Sirul Azhar Umar.
Makhamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 2o Oktober 2006.- news.abnxcess.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story