BARU-baru ini industri hiburan dikejutkan dengan kontroversi panas yang membabitkan aktor popular, Fizz Fairuz yang didakwa cuba menggoda pelakon baru Fara Mendoza menerusi aplikasi WeChat.
Isu ini timbul selepas Fara Mendoza bertindak mendedahkan perangai sebenar Fizz Fairuz dengan berkongsi screenshot perbualan mereka sehingga ia tersebar meluas menjadi perbualan hangat peminat hiburan.
Bagaimanapun, hal itu disangkal oleh Fizz Fairuz yang mendakwa tidak mengenali gadis tersebut.
Namun, lain pula kenyataan Fara Mendoza yang mengaku mereka saling mengenali dan pernah berjumpa di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa.
Barangkali tidak tahan segala spekulasi melibatkan suaminya, Almy Nadia selaku isteri kepada Fizz Fairuz dilihat memuat naik kata-kata menyindir Fara Mendoza sebagai artis baru yang sedang menjadi publisiti murahan menerusi Instagram (yang kini sudah dipadam).
Kapsyen Almy Nadia turut diiringi dengan hashtag berbunyi amaran #jangankacaurumahtanggaaku #jangancubacuba buat Fara Mendoza.
Berdasarkan status tersebut, dapat diagak Almy Nadia pastinya sedang bersedih apabila rumah tangganya diuji sebegini.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat siapa yang bersalah dalam hal ini.. Moga Almy Nadia tabah menghadapinya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment