SINGAPURA – Bagi yang pernah ke Singapura, mungkin ada mendengar sebuah kumpulan tempatan disebut Gerakan Melayu Murtad Singapura atau juga lebih dikenali sebagai Malays Christianity Association (MCA).
Organisasi ‘bawah tanah’ itu khabarnya turut aktif di Malaysia menyebarkan dakyah mereka bagi menarik umat Islam khasnya golongan remaja Melayu berfahaman liberal keluar daripada Islam yang dianuti sejak lahir.
Bagi mengaburi mata masyarakat, kelompok ini dikatakan masih mengekalkan nama asal Melayu dan bagi wanita, mereka masih memakai tudung, tetapi pada masa sama berdakwah mengajak masyarakat Islam untuk murtad.
Mungkin ada meragui perkara itu, namun di Singapura isu ini bukan rahsia sehingga menyaksikan pemerintah republik tersebut terpaksa ‘membahagikan’ kaum Melayu kepada dua kelompok sama ada Islam atau bukan Islam.
Menyedari kebimbangan umat Islam di negara pulau berkenaan sejak 1970-an lagi, pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mewujudkan satu lagi MCA iaitu Muslim Converts Association of Singapore pada 1980.
Organisasi dakwah tersebut pernah menumpang sewa di beberapa buah pejabat sebelum kemudian membeli sebuah pasar raya lama dan bekas pawagam Galaxy untuk dijadikan kompleks ibu pejabat tetap pertubuhan itu.
Waktu itu seorang mufti Singapura menggelarkan MCAS sebagai Darul Arqam yang merujuk individu pertama memeluk Islam di kota Makkah pada zaman awal Rasulullah SAW, malah menjadikan rumahnya pusat dakwah.
Hari ini MCAS juga sinonim dikenali sebagai Darul Arqam oleh rakyat Singapura (Nota: Jangan salah faham dengan kumpulan ajaran sesat ternama Al-Arqam yang diharamkan oleh pihak kerajaan Malaysia awal 1990-an).
Pada 10 Oktober lalu, Darul Arqam mengadakan majlis rumah terbuka dan ia turut melancarkan aplikasi khas secara talian, yang juga dikenali sebagai ‘Islam4All‘ sempena menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-35.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
2 comments:
Semoga ramai yang Allah bagi hidayat selepas ini.
bagus
Post a Comment