Sistem Baharu Umrah Tawar Visa 1.25 Juta Jemaah Sebulan



MAKKAH – Satu sistem umrah yang baharu bakal diumumkan tidak lama lagi sekali gus akan menambah jumlah kuota jemaah ibadah tersebut daripada 400,000 jemaah sebulan sekarang kepada 1.25 juta jemaah setiap bulan.
Menurut Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Bandar Mohammed Al-Hajjar, pertambahan jumlah visa jemaah umrah yang lebih tinggi itu bertujuan memanfaatkan sepenuhnya projek pembangunan mega di seluruh Makkah dan Madinah.
Projek pembesaran masing-masing melibatkan kawasan Masjidil Haram di sini dan Masjid Nabawi di Madinah dijangka siap tidak lama lagi atau menjelang akhir tahun ini, menurut laporan media tempatan baru-baru ini. 
Menteri tersebut menjelaskan, mulai tahun depan, pihaknya dijangka mampu meluluskan lebih banyak visa umrah kepada semua negara dengan menggunakan sistem elektronik sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai E-Visa.
Meskipun musim umrah yang baharu bakal bermula pada pertengahan bulan depan, Dr. Bandar menambah pihaknya merancang untuk menggandakan lagi jumlah kuota jemaah umrah dalam masa lima tahun akan datang.
Permohonan visa umrah menerusi laman internet Kementerian Haji Arab Saudi kata beliau, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja berbanding kaedah pemprosesan borang secara manual sejak puluhan tahun lalu. 
Pihak kementerian itu menjangkakan bakal mengeluarkan sehingga 10 juta visa tahun depan untuk semua bakal jemaah umrah di seluruh dunia berbanding sekadar 6 juta visa yang mampu dikeluarkan sepanjang tahun ini.
Malahan beliau amat yakin 60 juta visa pula dianggarkan dapat dikeluarkan menjelang 2018. Pada bulan lalu, Dr. Bandar mengumumkan kuota jemaah haji akan ditambah secara berperingkat-peringkat mulai musim depan.
Ia susulan penyiapan projek pembesaran di dua Tanah Suci itu yang menyaksikan lima juta jemaah haji boleh ditampung pada 2016 sebelum ditambah lagi sehingga 30 juta jemaah pada 2020. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story