Gam Terpercik Ke Muka, Lelaki Hampir Buta

Gam

Seorang bapa mungkin mengalami kerosakan mata apabila gam UHU atau `gam gajah’ terpercik ke mukanya ketika dia cuba membuka penutup gam terbabit.
Ia mengakibatkan gam itu terkena bola mata dan bulu mata Ben Wyatt.
Ben berjaya membuka matanya dan ke hospital namun selepas lima hari, penglihatannya masih kabur dan dimaklumkan dia mengalami `hakisan kornea’.
“Ketika saya memulas pembukanya, bahagian bawah tiub gam itu terkoyak dan ia terkena mata saya.
“Saya menjerit kesakitan ketika ia melayang ke mata saya. Saya ingat mata saya akan tertutup selama-lamanya,’’ katanya.
Dalam pada itu jurucakap UHU berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa Ben.
“Ia adalah kali pertama kami menerima komplen mengenai salah satu produk kami. Kami perlu memahami apa yang berlaku dan sedang mengumpul maklumat.
“Kami sedang menyiasatnya secara serius terhadap tindakan lanjut,’’ katanya. – mynewshub.cc
Gam

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story