Geng Samseng ‘Ungu’ Kawal Peserta Bersih 5?

ungu4

BUKAN sahaja ingkar arahan dengan pihak polis, penganjur perhimpunan haram Bersih 5 turut menggunakan pasukan keselamatan khas mereka sendiri yang berpakaian baju T warna ungu.

Kelibat mereka jelas dapat disaksikan mengawal pergerakan peserta Baju Kuning dan tinjauan mendapati kumpulan tersebut mirip Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang disahkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
PPS yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan DAP Pulau Pinang pada 2008 selepas pentadbiran Barisan Nasional negeri itu tumbang kepada pembangkang, juga suatu ketika terkenal dengan banyak berita kontroversi panas.
Selain ada banyak kes anggota PPS terlibat dengan kegiatan jenayah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah mendedahkan penglibatan aktif ahli kongsi gelap dalam pasukan sukaralewan tersebut.
ungu1
ungu2
ungu3
ungu5
Namun, meskipun pernah mencipta banyak cerita buruk, kehadiran geng baju ungu itu yang diharamkan KDN mencetuskan tanda tanya apakah penganjur Bersih semakin biadap tidak menghormati undang-undang negara!
Hakikatnya, pihak penganjur perhimpunan tanpa permit itu sedar Bersih 5 ‘diboikot’ PAS apabila enggan mengerah Jabatan Amal parti tersebut mengawal keadaan sebagai mana demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 suatu ketika dahulu.
Buktinya Bersih 4 pada tahun lalu mendapat sambutan hambar dan sebagai balas dendam, peserta yang majoritinya etnik Cina penyokong totok DAP bertindak kurang ajar ‘pijak’ potret Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Justeru, penganjur Bersih kali ini terpaksa ‘upah’ pula pasukan baju ungu kerana sedar, himpunan haram itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, pihak polis sebenarnya boleh menahan mereka sendiri. – Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story