Beli 25 IPhone X Untuk Lamar Kekasih- WOW


BEIJING  – Terdapat pelbagai cara kreatif yang digunakan ketika ini untuk melamar pasangan masing-masing termasuklah taktik paling tidak masuk akal sekali bagi orang kebanyakan.

Dengan iPhone X yang baru dilancarkan pada 3 November lepas untuk 50 buah negara terawal, sorang jurutera dari Shenzhen, China telah menarik perhatian dunia dengan cara unik lamaran beliau terhadap pasangannya.
Sumber daripada Apple Daily, Chen, ialah seorang pengaturcara permainan telah membeli bukan satu iPhone X tapi 25 peranti premium tersebut digunakan untuk melamar teman wanita, Lee.
Bantuan diberikan oleh rakan dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk menjayakan rancangan ini.
Menurut Chen, kedua-dua hati bertemu disebabkan permainan yang dibangunkan oleh beliau dan mereka berdua suka untuk bermain permainan video. Jumlah 25 iPhone X yang telah dibeli ialah disebabkan teman wanita beliau berumur 25 tahun pada tahun ini.
Kesemua 25 iPhone X telah disusun mengikut bentuk hati dan kotak cincin di tengah bersama-sama dengan kelopak bunga ros diletakkan di atas lantai. Sudah tentu, Lee menerima akan lamaran romantik yang premium dan mahal tersebut. Selepas melamar, Chen telah memberikan iPhone X kepada rakan dan ahli keluarga masing-masing.

Kos sebuah iPhone X di China ialah bermula dari harga RMB8,388 (RM5,356), jika dikira jumlah kesemuanya, Chen akan membayar sebanyak RMB209,700 (RM133,915). Bagi yang masih menunggu dilamarkan, anda boleh tunggu pada/selepas 24 November ini untuk penjualan rasmi iPhone X di Malaysia, siapa yang akan membeli iPhone X untuk melamar anda.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story