Tragisnya..

Nurul Hidayah Bahaudinnurul.hidayah@hmetro.com.mySEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah, Pahang ketika dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin.Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal berkata, mangsa yang berusia 30 tahun itu kemudian disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan ketika bedah siasat dijalankan terhadap jenazahnya yang dibawa dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang, semalam."Arwah dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan...

Rakyat perlu bersedia jika PKPB ditarik balik

Ekhwan Haque Fazlul Haqueekhwan@hmetro.com.myRAKYAT perlu bersedia sekiranya 'kebebasan' yang dikecapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditarik semula sekiranya penularan Covid-19 kembali meningkat.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, termasuk bekerja namun pematuhan yang tinggi setiap prosedur operasi standard (SOP) perlu dijadikan amalan.Menurutnya, beberapa negara seperti Jerman, Korea Selatan dan China yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya kini terpaksa ditarik semula disebabkan peningkatan kes."Apa yang berlaku hari ini mungkin...

PKPB: Solat Jumaat di zon hijau

Yusmizal Dolah Aling dan Mahaizura Abd Malikam@hmetro.com.myKERAJAAN membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu diputuskan selepas resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang 8 Mei lalu sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

'Sampai hati buat cikgu begini'

Murnaena Muhammad Nasiram@hmetro.com.myAdd caption"TERGAMAK kalian buat cikgu begini." Demikian kekecewaan Mohd Khairul Izzuddin Shaari, 31, yang terbaca komen terbuka pelajar sekolah di Twitter yang tidak mempedulikan pembelajaran dalam talian.Mohd Khairul memuat naik tangkap skrin komen negatif pelajar yang tidak peduli pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian di akaun Twitternya dan mendapat lebih dari 25,000 ulangkicau.Melalui perkongsian itu, ramai guru berkongsi nasib sama tetapi tabah menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik.Mohd Khairul berkata, kelakuan segelintir pelajar yang berani memuat naik ciapan di Twitter seolah-olah bersepakat...

9 Makanan Untuk ‘Tegang’ Yang Memuaskan!!

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki untuk memuaskan pasangan mereka.Bagi yang beragama Islam, mungkin ada di antara makanan atau minuman tersebut tidak sesuai. Bukan semua anda perlu makan serentak, cukuplah dengan yang ada dan sesuai dengan anda sahaja.Senjata lelaki yang benar-benar kuat adalah salah satu keperluan dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia.Walaupun berumur, tidak bermakna anda tidak perlu tegang dan sihat.Antara makanan yang dimaksudkan;1. KopiTindakan balas kafein dalam minuman anda akan meningkatkan daya metabolisma anda yang seterusnya membolehkan darah dipam dengan...

Maaf 500 kali

SEPULUH pelancong yang ingkar perintah berkurung di sebuah bandar di utara India, dihukum menulis perkataan ‘I am so sorry’ (Saya minta maaf) sebanyak 500 kali. The Jakarta Post melaporkan kumpulan pelancong Israel, Mexico, Australia dan Austria itu ditahan ketika berjalan-jalan di Rishikesh, bandar di mana kumpulan Beatles menjalani latihan kerohanian di Ashram pada 1968. Pegawai polis tempatan, Vinod Sharma berkata, semua mereka dihukum menulis perkataan ‘I did not follow the rules of lockdown so I am so sorry’ (Saya minta maaf sebab tak ikut peraturan berkurung). Katanya, hukuman luar biasa itu bertujuan mengajar...

Wang hilang sekelip mata

WANG lesap dalam beberapa minit. Itu situasi yang berlaku selepas mangsa melakukan muat turun aplikasi direka sindiket penipuan dalam talian. Modus operandi terbaharu sindiket penipuan itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selepas menerima laporan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak pada 7 hingga 11 April lalu. Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima enam laporan polis daripada mangsa berusia antara 24 hingga 59 tahun membabitkan kerugian RM295,000 bagi tempoh berkenaan. Katanya, modus operandi sindiket itu membuat panggilan kepada mangsa dipilih secara rawak sebelum...

Samseng sungguh maki, tampar polis...

Amir Mamat am@hmetro.com.my LELAKI ditahan reman empat hari selepas didakwa mencederakan seorang anggota polis ketika operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)-Malim Jaya, Melaka, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan selepas didakwa menampar serta memaki anggota polis terbabit ketika operasi dijalankan bersama beberapa anggota tentera itu. Beliau berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, keadaan trafik di kawasan itu sesak menyebabkan suspek yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback bersendirian...

Jadi 'runner' dengan caj seikhlas hati

Rosyahaida Abdullah am@hmetro.com.my “DARI segi wang ringgit mungkin saya tidak mampu namun insya-Allah dengan tenaga yang ada, saya harap dapat menyumbang sesuatu kepada mereka yang memerlukan,” kata Muhammad Akmal Syukri Fadilah, 23. Muhammad Akmal tular di media sosial selepas kakitangan swasta ini menerusi laman Twitternya mempromosikan perkhidmatan ‘runner’ buat sesiapa yang memerlukan di sekitar Shah Alam, Selangor, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan caj seikhlas hati. Mengakui tidak mampu menyumbang wang ringgit, Muhammad Akmal bagaimanapun berhasrat membantu menerusi perkhidmatan yang disediakan...

PKP dilanjutkan dua minggu lagi

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 April hingga 28 April bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19. Pengumuman dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara, hari ini. Katanya, lanjutan itu perlu berikutan situasi semasa negara yang masih memerlukan petugas kesihatan memerangi penularan wabak. "Selain itu, ia bagi mengelakkan penularan semula wabak ini (Covid-19) dalam masyarakat. "Tindakan ini juga adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya...

'Tak mengapa Lamborghini rosak, asalkan rezeki dia tak terputus'

“INI bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.” Demikian kata pemilik Lamborghini, Thomas Heng, 40, yang bukan saja menyelesaikan isu kemalangan kereta mewahnya dengan Perodua Viva secara berhemah malah bermurah hati menghadiahkan sebuah Perodua Myvi kepada wanita yang terbabit dalam kemalangan itu. Tindakan Thomas Heng, 40, dipuji warganet selepas kemurahan hatinya itu dikongsikan rakannya, Azman Nor di Facebook, dua hari lalu. Thomas berkata, dia tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kenderaan mewah miliknya...

Covid-19: Virus pada permukaan mayat

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 10 April 2020 PUTRAJAYA - Penemuan bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid-19 mendapati terdapat virus pada permukaan badan mayat melalui analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan baru tersebut adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac serta Majlis Perundingan...

Askar pakai helmet, elak air kencing warga asing!!

NURHIDAYAH HAIROM KUALA LUMPUR - Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman di sini, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing. Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19. Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya...

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

PELAWAK popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas. Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh. Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital. Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini. Abam atau nama sebenarnya Syed Umat Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. Dalam...

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam. “Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. “Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi. Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut. Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu. “Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. “Katanya hanya...

China Catat 56 Kes Kematian Terbaru Koronavirus

BEIJING – Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei, China terus meningkat kepada 350 kes dengan 56 kematian baharu direkodkan semalam. Reuters melaporkan, sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam. Kematian pertama akibat koronavirus di luar China dilaporkan semalam melibatkan seorang warga China berusia 44 tahun dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, yang meninggal dunia di Filipina, Sabtu lalu. Naib Gabenor wilayah Hubei, Xiao Juhua berkata, wabak itu masih dalam keadaan buruk dan rumit. Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih daripada...

Coronavirus: Udara Dalam Pesawat Melalui Tapisan HEPA

KUALA LUMPUR – Sistem pengudaraan yang baik dalam pesawat menyebabkan risiko jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) antara penumpang menaiki penerbangan sama adalah sangat rendah. Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjelaskan, berdasarkan maklumat syarikat pengeluar pesawat, udara di dalam kabin dikitar semula selepas melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA). “Ini bermaksud kebarangkalian untuk anda terdedah kepada bakteria dan virus menerusi kitaran udara (dalam pesawat) adalah sangat rendah. “Malah, disebabkan sistem pengudaraan yang baik dan sangat berkesan, udara di dalam kabin pesawat adalah lebih bersih berbanding...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story