BACHOK – Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen terhadap skim pelaburan emas melalui internet.
Malah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihaknya berasa bimbang kemungkinan merebaknya skim tersebut.
“Kita bimbang pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur,” katanya.
Justeru, katanya, pihak yang berasa tertipu boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Mengulas lanjut, katanya, syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh singkat.
Tetapi, jelasnya, beliau berasa bimbang peserta skim itu cuma mendapat pulangan lumayan pada peringkat awal dan gagal memperoleh pulangan setimpal selepas itu.
sumber: mynewshub
sumber: mynewshub
1 comments:
Sememangnya emas boleh memberi pulangan yang menguntungkan tetapi dengan cara yang betul dan bukannya melalui skim-skim yang menawarkan pulangan tetap secara bulanan..
Jauhi Skim Pelaburan emas
Post a Comment