PELAKON ANZALNA MATI ATAS POKOK


Jangan terkejut dengan tajuk di atas kerana semua ini hanyalah lakonan terbaru pelakon cantik, Anzalna dalam drama siri, ‘Amukan Pocong’ di Slot Seram TV3. Dalam drama arahan Aidilfitri Mohamad ini, Anzalna akan membawa watak sebagai gadis kampung, Sal yang menjadi salah satu mangsa amukan pocong.
“Sal akan mati dengan berpaut pada dahan di mana kepalanya akan berada di bawah. Pada mulanya, bila pengarah beritahu saya kena panjat pokok, saya rasa takut sangat. Saya kena panjat pokok setinggi pokok durian dan bergerak dari dahan ke dahan. Saya takut jatuh, lagipun saya tak ada insuran lagi,” ujar Anzalna menceritakan pengalamannya berlakon.
Selain itu, saya juga kena jatuh dari motor. Tangan saya cedera kerana tergesel atas tar jalan. Walau bagaimanapun, saya memang memilih untuk melakukan sendiri aksi jatuh motor sebab nak merasa sendiri kesakitannya. Sebagai pelakonbaru, saya memang nak buat aksi-aksi lasak ini. Walaupun takut, saya kena kuat sebab orang dah bayar saya. Saya rasa bersyukur kerana semua kru bagi sokongan moral.”
Dalam perkembangan lain, pemilik nama Anzalna Nasir ini akan muncul dalam filem aksi, ‘Tyickoouns’ bersama Remy Ishak. Selain itu, gadis kelahiran Pulau Pinang ini juga akan muncul dalam tiga lagi filem , ‘Adam dan Hawa’, ‘Sepah The Movie’ dan ‘Doktor K Kahwin 5’.
Bagi yang ingin menonton aksi tragis Anzalna mati di atas pokok, jangan lupa saksikan drama, ‘Amukan Pocong’ yang akan ditayangkan bermula 15 Mac 2012, setiap Khamis, jam 9.30malam hanya di Slot Seram Tv3.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story