Laporan akhbar Harian Metrohari ini menyebut yang Nadia Mustafar telah di’samun dan mengalami kerugian RM20,000 di Pasar Pudu Kuala Lumpur semalam.
Nadia Mustafar ketika itu sedang bersama anak kedua beliau dalam kereta Toyota Camry di tempat letak kereta Pasar Pudu sebelum di’datangi seorang lelaki yang memakai topi keledar penuh.
Lelaki itu lantas membuka pintu tempat duduk penumpang dan melarikan beg tangan aktress ini sebelum pantas melarikan diri menaiki motorsikal.
Nadia Mustafar yang terkejut dan panik dengan kejadian itu keluar menjerit meminta tolong namun orang awam yang berada di’situ gagal untuk mengejar lelaki berkenaan yang memecut laju.
“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” ujar Nadia Mustafar.
Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja”. Banyakkan bersabar & insyaAllah rezeki Tuhan masih ada.
There are no posts related to Nadia Mustafar Disamun & Rugi RM20,000 Wang Perniagaan.
0 comments:
Post a Comment