Kelantan bina jambatan baru RM2.788 juta


(Tuan Guru Nik Aziz melawat tapak pembinaan jambatan pagi tadi)

PENGKALAN CHEPA, 22 Mac: Walaupun Kelantan dituduh sebagai sebuah negeri miskin, namun sebuah lagi jambatan baru Lapan Pari yang bernilai RM2.788 juta bakal siap sepenuhnya pada 20 April ini.

Seramai 3,000 penduduk dari Tok Sadang, Pengkalan Chepa dan sekitarnya bakal mendapat manfaatnya apabila jambatan yang mula dibena tahun lalu siap sepenuhnya.
Hari ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan jambatan berkenaan.
Turut hadir pada lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, Jurutera JKR Kota Bharu, Alias Adam dan Pengarah JKR, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah.
Tuan Guru tiba di tapak pembinaan jambatan itu kira-kira 8.15 pagi tadi untuk melakukan lawatan serta mendengar taklimat kira-kira setengah jam.
Anizam ketika ditemui selepas itu berharap jambatan berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
“Dengan siapnya jambatan ini, insyaallah ianya akan menyelesaikan kesulitan yang berlaku sewaktu jambatan dalam pembinaan sebelum ini,”ujarnya.
SUMBER : HARAKAH DAILY

1 comments:

Anonymous said...

terbaik lah

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story