Hari ini banyak topik yg serius dilampirkan...
Jom kita relak minda dengan lawak ini.....
Pelajaran ialah Jangan menganggap orang lain bodoh..silap silap kita yg bodoh sebenarnya...
Cerita Lawak - Siapa Bodoh?
Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajol yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”
Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”
Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajol datang kepadanya
Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajol. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajol “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajol mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.
Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Adi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajol.
Adi: “Jol pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”
Ajol: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”sumber
Posted in: Lawak
0 comments:
Post a Comment