Maksud Mimpi Mengikut Pandangan Islam



Mimpi adalah suatu lumrah dan kebiasaan yang sering dialami oleh umat semua manusia sama ada Islam atau tidak. Ia berlaku ketika manusia sedang tidur tidak kira lama atau pun sekejap.

Bagi umat Islam, mimpi kadang-kala mempunysumberai alamat atau maksud tertentu dan hanya orang yang arif sahaja boleh menakwil mimpi tersebut. Hal berkaitan mimpi juga ada diceritakan di dalam Al-Quran di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. Berikut adalah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan mimpi
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  •     Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  •     Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup
  •     Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
  •     Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak
  •     Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan

Kadangkala ada juga antara kita yang mendapat mimpi sebagai satu hidayah untuk membawa diri kita ke arah yang lebih baik. Teringat dahulu pada rakan penulis yang memang jahil dalam agama dan tidak pernah mempedulikannya. Tetapi dia telah diberikan hidayah oleh Allah S.W.T di dalam mimpinya yang membawa dia untuk berubah dan pada saat itu dia mula berubah dari tidak pernah menunaikan solat ke tidak pernah meninggalkan solat walaupun sesekali dan sebagainya.

2 comments:

Mr.PiNGu said...

info baik ~

Ann Lavender said...

bagaimana jika kita bermimpi melihat org dikenali disengat dan pada masa yang sama org ramai datang rumah utk mengkafankan org(org yg kita dikenali dan masih hidup)?

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story