Bank Negara Umum Stok Duit Baru Raya Tidak Habis


Ini adalah berita baik buat semua pengguna dimana stok duit wang kertas baru sempena raya 2012 mencukupi dan tidak habis. Sebelum ni, kebanyakan bank telah mengalami masalah kehabisan wang baru kerana pemintaan yang terlalu tinggi pada musim perayaan. Namun, sekarang ni semua masalah ini sudah diatasi Bank Negara Malaysia (BNM).
Stok Duit Baru Raya Mencukupi
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bekalan wang kertas baharu adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan semasa musim perayaan bagi tujuan pembayaran dan transaksi perniagaan.
Semua bank perdagangan dikehendaki memastikan cawangan mereka mempunyai bekalan wang kertas yang mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai.
Orang ramai yang mempunyai sebarang kesukaran untuk mendapatkan wang kertas baharu boleh menghubungi talian penting 03-26907613; 03-26988044 samb. 7402/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my


Sumber: Bank Negara Umum Stok Duit Baru Raya Tidak Habis | melvister.com 

1 comments:

- zuriey - said...

memang tgh cari ni..nak tukar duit..

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story