Dua perempuan menjadi pasangan pertama yang melangsungkan perkahwinan sesama jenis Buddha di Taiwan hari ini. Sebagai sebuah langkah kumpulan hak asasi manusia yang mengharapkan Taiwan menjadi negara Asia pertama yang menghalalkan perkahwinan gay.
Shih Chao-Hwei seorang master Buddha dan profesor universiti menawarkan untuk melakukan upacara perkahwinan selepas pasangan itu menanyakan apakah iman mereka mengutuk homoseksualiti.
Fish Huang mengatakan kepada Taipei Times bulan lalu "Kami tidak hanya melakukannya untuk diri kita sendiri, tetapi juga untuk kaum gay dan lesbian yang lain." Keluarga pasangan awalnya bersetuju untuk menghadiri upacara, namun akhirnya tidak menghadiri upacara untuk mengelakkan perhatian media. Pernikahan gay awam pertama di Taiwan terjadi pada tahun 1996 tapi ini adalah pernikahan Buddhis pertama yang diketahui.
Kumpulan hak gay mendorong Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou membuat undang-undang untuk perkahwinan sesama jenis dan membenarkan pasangan gayuntuk mengadopsi sebelum masa jabatannya berakhir pada tahun 2016
0 comments:
Post a Comment