Pelajar Hampir Buta Kerana Ingin Mata Berwarna Di Aidilfitri



Kanta lekap yang mengakibatkan penglihatan Nabila hampir menjadi buta. Klang. Seorang pelajar kolej bengkak mata dan kabur pandangan kesan menggunakan kanta lekap murah gara-gara mahu digayakan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Malah, mangsa, Nabila Rosli, 18, terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendapat rawatan dan pakar mata yang ditemuinya mengesahkan, penggunaan kanta lekap tidak berkualiti menjadi punca di mengalami masalah mata yang teruk.

"Saya bersama tiga lagi rakan membeli kanta lekap itu di Seremban pada harga kurang RM25sepasang beberapa hari sebelum hari raya. Warna kanta lekap itu amat cantik dan sangat murah. Apabila dipakai, anak mata saya kelihatan berwarna kelabu".

"Pada mulanya saya pakai kanta lekap itu seperti biasa tetapi selepas bangun pagi pada Jumaatlalu, pandangan saya kabur dan mata terasa amat sakit," katanya ketika ditemui di rumahnya,semalam.

Nabila berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi kepadanya kerana dia sering memakai kanta lekap yang mahal selain menjaga kebersihan yang disarankan.

Belanja RM500 rawat mata

"Mata bengkak teruk serta berair dan pakar mata turut mengesahkan ini disebabkan kanta lekap murah," katanya yang hanya duduk di rumah pada Aidilfitri lalu kerana pandangan terlalu kabur.

Bapa mangsa, Rosli Palil, 45, berkata, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM500 untuk merawat mata anak sulungnya (Nabila) itu dan hanya pada Sabtu lalu, penglihatan anaknya mula pulih sedikit demi sedikit.

"Dua hari dia seperti orang buta. Persoalan adakah kanta lekap itu diluluskan Kementerian Kesihatan. Bagaiman ia boleh dijual berluasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Mata dan Lasik Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata individu memakai kantai lekap itu perlu menjaga kebersihan kanta lekap dengan rapi dan teliti.

"Kebersihan adalaha aspek paling penting dalam pemakaian kanta lekap kerana mata sangat sensitif dengan kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang amat serius.

"Saya nasihatkan pengguna jangan cepat terpengaruh dengan harga murah kerana kebersihan dan kualiti kanta lekap berkenaan tidak terjamin,: katanya.

Kalau dan gian sangat nak pakai , belilah yang ok sikit dan yang penting kualiti. Kalau dah buta, itu namanya Tuahn dah tarik nikmat yang pernah diberi sebelum ini. Jadi lebih baik jauhkan semua ini dan bersyukur dengan kurniaanNya.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story