RAHSIA PIRAMID GIZA



Piramid Giza Dibina Daripada Tanah Liat

Banyak teori dicipta tentang bagaimana piramid dibina. Ada yang kata piramid dibina dengan cara batu besar diukir, ada yang kata puluhan ribu hamba abdi membawa batu-batan gergasi dari berbatu-batu jauhnya, ada yang kata ia dibina dengan menggunakan anjakan (ramp) atau tangga gergasi. Namun ia sekadar teori semata-mata, selagi belum dibuktikan.

Pada 1980-an, Joseph Davidovits, seorang pakar geopolimer memberi teori bahawa piramid dibina dengan menggunakan campuran batu kapur lembut dan kaolinite (mineral tanah liat, dipanggil "china clay".)

1348 tahun selepas Rasulullah S.A.W. wafat(632M) 

 
Komposisi kimia kaolinite : Al2 SiO5(OH)4

Teorinya tidak diterima ramai, sehinggalah teori itu dibuktikan dengan data-data ujikaji sampel batuan piramid itu sendiri oleh Michel Barsoum, Adrish Ganguly, dan Gilles Hug (saintis-saintis pakar Sains Material) dalam sebuah laporan dalam “The Journal of the American Ceramic Society” jilid 89 isu 12 pada 1 Dis 2006, membuktikan wujud tanah liat, silika dan batu kapur di dalam sampel batuan yang diambil dari piramid.

Hasil kajian ini mula mendapat penerimaan ramai dan disokong beberapa pakar seperti David Walker (geologi Universiti Columbia) & Sheldon Wiederhorn (pakar material di National Institute of Standard & Technology)

Bukti Al-Quran mendahului sains :


Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang selain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku tanah liat (berbentuk batu bata), serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Qasas: ayat 38)


Syapik Hassan 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story