Telefon bimbit khas untuk warga emas


Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda.

Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas.

Telefon berharga 55 pound (RM269.50) itu direka khas dengan ciri-ciri membuat panggilan mudah untuk mereka yang tidak biasa menggunakan teknologi canggih atau mempunyai masalah penglihatan.

Berbanding menekan nombor untuk membuat panggilan, pemilik telefon hanya perlu menekan butang yang memaparkan nama rakan dan keluarga.

Telefon tersebut mampu menyimpan sehingga lapan nombor telefon yang dipilih oleh pemilik dan diprogramkan ke dalam gajet itu ketika dibeli.

Butang dengan tulisan 'jawab panggilan' dan 'padam/tutup' juga jelas tertera di telefon tersebut.Pendekatan asas telefon itu memudahkan warga emas daripada terpaksa belajar menggunakan skrin sesentuh telefon pintar yang sukar difahami mereka.[utusan]

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story