Jessica mahu melancarkan karier solo dan memulakan perniagaan dalam bidang fesyen.
SELEPAS timbul beberapa spekulasi mengenai kedudukan Jessica dalam Girls Generation akhirnya pihak pengurusannya mengesahkan penyanyi itu mengambil keputusan keluar daripada kumpualan itu.
Allkpop melaporkan, Jessica membuat keputusan berkenaan kerana alasan peribadi selain ingin meneruskan karier solo dan terlibat dalam dunia perniagaan berkaitan fesyen.
"Sepatutnya Jessica akan bersama dengan Girls Generation untuk sebuah album lagi namun atas masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan kami mengumumkan, berita pengundurannya adalah benar.
"Kami di SM Entertainment akan sentiasa menyokong kerjaya Jessica dan berharap dia akan berjaya dalam apa juga bidang diceburinya," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, biarpun telah meninggalkan Girls Generation namun kerjaya Jessica akan tetap diuruskan oleh SM Entertainment.
Jessica sebelum ini sempat mengumumkan sendiri keputusannya itu menerusi akaunWeibo miliknya pada Isnin.-mstar
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment