Pesawat Latihan Singapura Tergelincir Di Lapangan Terbang Sibu


SIBU: Sebuah pesawat latihan penerbangan King Air C90B dari Seletar, Singapura tergelincir di landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini kira-kira pukul 12 tengah Isnin. 
Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, penerbangan tidak berjadual itu membawa seorang juruterbang warga Singapura dan dua pelatih warga asing.
"Ia terpesong ke luar kawasan rumput semasa mendarat di landasan 13. Ketiga-tiga orang di dalam pesawat tidak cedera," katanya pada sidang media di pejabat Sibu Airport Management di sini. 
Tujuh penerbangan terjejas selepas pengurusan lapangan terbang itu menutup landasan untuk mengeluarkan pesawat sejurus selepas kejadian dan landasan dibuka semula pada 3.05 petang selepas pesawat itu dikeluarkan.
Zainuddin berkata, penerbangan ke Johor Baharu yang dijadual berlepas pada 11.50 pagi dijadual semula untuk berlepas pada 4.05 petang manakala penerbangan dari Kuching terpaksa berpatah balik selepas landasan itu ditutup.
Beliau berkata, Pejabat Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan sedang meyiasat punca kejadian.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story