SIAPA yang tidak kenal dengan Khairy Jamaluddin? Rasa-rasanya beliau antara yang popular semasa Sukan SEA musim ini berlangsung.
Mana taknya, dengan gayanya yang bersahaja membalas tweet-tweet peminat, melayan maskot Rimau dan juga kata-kata semangat yang diberikan kepada atlet-atlet sehinggakan mendapat perhatian dari negara jiran. Ya, rakyat Indonesia memuji ketampanan Khairy apabila beliau dikenali semasa menguruskan isu bendera dicetak terbalik.
Bagi sesiapa yang mengikuti Khairy di laman Twitternya pasti perasan satu gambar yang benar-benar mencuri tumpuan. Gambarnya berswafoto dengan Nurul Izzah semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung semalam di Stadium Shah Alam mendapat perhatian netizen.
Gambar tersebut jelas sekali menunjukkan Menteri Belia dan Sukan ini mengetepikan ideologi politik dan bersatu demi Malaysia. Posting berkenaan telah berjaya mendapat lebih 20,000 retweet dan 22,000 like.
Nurul Izzah yang juga pemimpin PKR telah menyambut baik tweet tersebut dengan quote tweet itu. Beliau berterima kasih kepada Khairy kerana kesepaduan dan sikap professional yang ditunjukkan.
“Terima kasih untuk perpaduan ini, Khairy. Perlawanan yang hebat, jumpa anda semasa perlawanan akhir,” tulis Nurul Izzah.
Rasanya tindakan sebegini wajar dipuji dan dicontohi. Barulah dikatakan sukan menyatupadukan perpaduan.
Rata-rata pengikut Khairy dan juga Izzah memuji kedua-duanya kerana bersikap terbuka dan tidak mencampur adukkan politik dengan sukan. Mereka juga menyifatkan kedua-duanya mengamalkan politik matang.
Diharapkan barisan hadapan negara dapat berganding bahu memartabatkan sukan negara tanpa mengira ideologi politik yang berbeza. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment