PENYANYI dan pengacara radio popular, Hunny Madu, 33, mengakui sedang berbadan dua.
Bagaimanapun, katanya, ramai yang tidak perasan perubahan fizikalnya kerana sejak hamil, dia lebih gemar mengenakan pakaian longgar dan berpotongan besar.
Malah, ramai rakan dan peminatnya terkejut apabila dimaklumkan kandungannya kini sudah mencecah usia enam bulan!
“Sebenarnya, cuma keluarga serta kawan rapat saja tahu saya mengandung. Bukan mahu berahsia tetapi memang kandungan saya tidak nampak sebab selalu pakai baju longgar. Kebiasaannya saya juga suka mengenakan jaket.
“Lucunya ada kawan yang sudah lama tak berjumpa terkejut bila dapat tahu saya hamil lagi kerana kata mereka perut saya kecil. Apatah lagi selepas saya katakan ia sudah trimester kedua.
“Syukur, rezeki ini datang memang pada masanya. Anak sulung kami, Eva Madina kini sudah lima tahun,” katanya, memetik BH Online.
Hunny mengakui mula berasa mual ketika mengendalikan program Dari Bilik Sebelahpada Anugerah Bintang Popular BH 3.0(ABPBH), Mei lalu.
Sebelum ini, Hunny ada memuat naik gambarnya sekeluarga bercuti di sebuah pulau dan memberitahu dia kini sedang hamil dengan menulis mengenai bilangan ahli keluarganya yang bakal menjadi empat pada kapsyen gambar.
Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment